top of page

Betapa Pendeknya Usia Manusia


“…Ingatlah, betapa pendeknya usia manusia; ingatlah bahawa Engkau mencipta manusia sebagai makhluk fana.......” Mazmur 89:48


Pemazmur berseru kepada Tuhan dengan berkata betapa singkatnya hidup ini dan yang pasti hidup manusia akan berakhir dengan kematian jasmani. Pemazmur sedar bahawa hidupnya sebentar akan berakhir.


Oleh itu pemazmur memohon kepada Tuhan agar Dia memberhentikan murka-Nya terhadap mereka dan mengembalikan belas kasihan-Nya kepada mereka. Sebab tidak ada seorang pun yang akan hidup untuk selama-lamanya. Semua orang akan mati dan tidak ada seorang pun yang dapat menyelamatkan nyawanya dari kuasa kubur.


Dengan itu pemazmur memperingatkan kita bahawa waktu hidup ini sangat singkat dan pasti akan berakhir. Oleh itu pemazmur memohon kepada Tuhan agar Dia tidak membiarkan hidupnya selalu sengsara supaya dia tidak akan lebih memilih untuk tidak ada sama sekali daripada ada tetapi hidup.


Ingat walaupun hidup ini dipenuhi dengan berbagai kesengsaraan namun Tuhan tidak menciptakan manusia tanpa ada tujuan. Tuhan memperingatkan detiap kita akan semua kasih setia-Nya kepada semua ciptaanNya. Dengan itu perlu mempergunakan hidup kita dengan sebaik-baiknya selama kita masih hidup.


Renungkan hidup anda, apakah anda telah menggunakan hidup anda dengan sebaik-baiknya selama ini, hidup ini hanya sementara.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji Mu kerana memberikan saya hidup ini, ajar saya Tuhan jalan dan kehendakMu agar saya menggunakan hidup ini dengan sebaik-baiknya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page