Biar Tuhan Menghukum Penjahat-Penjahat Setimpal Perbuatan Mereka
- Komuniti Digital 05
- 4 hours ago
- 1 min read

2 Samuel 3:37-39 (AVB)
37Pada hari itu tahulah seluruh rakyat dan seluruh orang Israel bahawa pembunuhan Abner anak Ner tidak berpunca daripada raja.38Kemudian berkatalah raja kepada para pegawainya, “Tidakkah kamu tahu bahawa pada hari ini gugur seorang pemimpin, seorang besar di Israel? 39Tetapi aku ini sekarang masih lemah, sekalipun sudah dinobatkan menjadi raja, manakala kalangan itu, yakni anak-anak Zeruya, jauh lebih kuat daripada aku. Semoga TUHAN membalas kepada orang yang berbuat jahat setimpal dengan kejahatannya.” Pengajaran/Refleksi
Mari kita belajar daripada Raja Daud, yang bijaksana. Dia tidak mahu bertindak untuk menghukum mereka yang telah membunuh Abner, walaupun beliau raja pilihan Allah dan ada kuasa untuk melakukannya, tetapi beliau menyerahkannya kepada Allah untuk menghukum mereka setimpal perbuatan mereka. Ya Allah, Tuhan kami, berikan kami hati dan fikiran seperti Raja Daud, supaya kami tidak bertindak mengikut hati kami.
Halleluya dan amen!!
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!
Rev. Ali Langgit
Commentaires