“..Semoga kebaikan dan kejujuranku mengawal aku, kerana aku percaya kepada-Mu.......” Maz 25:21
Pemazmur telah mengakui segala kesalahannya di hadapan Allah, iaitu dosanya yang telah melawan Tuhan, namun terhadap musuh-musuhnya, pemazmur memiliki kesaksian hati nuraninya yang berkata bahwa dia tidak berbuat salah terhadap mereka,
Oleh itu hatinya terhibur oleh kerana kebaikan dan kejujuran hatinya yang memeliharakan hatinya sehingga mereka yang membenci dirinya dengan sangat mendalam tidak dapat melemahkan pengharapannya.
Dengan itu pemazmur terus membiarkan hatinya terus dikawal atau dipilahara oleh kebaikan dan kejujuran hatinya. Sebab hal ini dapat melindungi dirinya sehingga dia terus percaya kepada Tuhan untuk melindungi dirinya
Apakah anda telah membiarkan diri anda dikawal atau dipelihara oleh ketulusan, kejujuran dan kebaikan hati? apakah anda telah membiarkan ketulusan, kejujuran dan kebaikan hati anda terus memeliharakan seluruh kehidupanmu pada hari ini.
Sekiranya musuh kita menuduh kita, tetapi sekiranya ketulusan, kejujuran dan kebaikan menjaga dan mengawal hidup anda. Maka kita tidak perlu takut dengan apa-apa yang dilontarkan oleh orang kepada kita. Sebab ketulusan dan kejujuran itu menyebabkan diri kita berkeanaan dihadapan Tuhan.
Ingat kita akan tetap selamat, aman dan damai sekiranya kejujuran, kebaikan dan ketulusan terus mengawal dan memeliharakan hati kita setiap hari.
Doa: Bapa yang di surga, ampuni segala dosa-dosa saya, ciptakanlah hati yang baru didalam kehidupan saya, dan biarlah kejujuran dan ketulusan menguasai hidup saya setiap hari. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments