“…Mereka mengajar orang supaya tidak berkahwin dan tidak memakan makanan tertentu. Tetapi Allah menciptakan makanan untuk dimakan, dan kita sebagai orang Kristian yang mengenal ajaran yang benar harus menerima semua makanan dengan mengucap syukur kepada-Nya....” 1 Timotius 4:3
Paulus memberitahu kita tentang pengajar sesat yang menekankan tentang peratauran tentang pernikahan dan peraturan-peraturan tentang makanan. Pengajaran mereka seakan-akan kelihatan sangat mulia dan bersih. Namun ajaran mereka ini sepenuhnya bertentangan dengan kebenaran, dengan itu Paulus menjelaskan bahawa makanan dan pernikahan adalah pemberian daripada Tuhan untuk manusia
Oleh itu semuanya adalah baik sebab semuanya daripada Tuhann, dan jika semuanya diterima dengan ucapan syukur maka "semuanya akan dikuduskan oleh firman Allah, dan baik untuk kita. Namun pengajar sesat memutarbalikkan kebenaran itu dengan menyatakan bahawa apa yang baik yang berasal dari Tuhan itu adalah jahat.
Dengan itu setiap hal yang baik Tuhan berikan kepada kita, tidak boleh dikatakan jahat. Sebab Tuhan memberikan semuanya untuk kita adalah baik untuk diri kita. Kerana Dia Tuhan yang tahu apa yang baik untuk hidup kita.
Oleh itu berhati-hatilah dengan ajaran-ajaran sesat, sebab pada hari ini banyak yang datang dengan mengenakan jubah yang kelihatannya putih bersih tetapi mengajar ajaran yang salah. Dengan itu berhati-hatilah, binalah hidup kita pada ajaran benar dengan setia mengikuti kelas alkitab, kebaktian gereja dan sebagainya..
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon bimbinganMu, Tolong saya untuk bertumbuh dalam FirmanMu dan hidup dalam FirmanMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments