Mereka pun pergi. Di pertengahan jalan, mereka melihat bintang yang telah muncul di Timur dahulu kini mendahului mereka dan berhenti di atas tempat Anak itu. Sungguh gembira mereka apabila melihat bintang itu.... (Matius 2:9-10 AVB)
Orang Majus sangat terkejut dengan kemunculan bintang yang sangat besar luar biasa di sebelah timur. Mereka tahu bahawa seorang raja akan dilahirkan bagi penyelamatan dunia ini. Dengan itu, mereka pergi menuju ke Yudea untuk mencari bayi yang dilahirkan, seorang anak yang akan menjadi raja besar.
Oleh itu, dengan pimpinan bintang yang muncul di timur, mereka dapat menemui bayi yang baru dilahirkan. Selain itu, mereka juga dapat menyembah-Nya. Dengan petunjuk bintang sebagai tanda kelahiran seorang anak yang akan menjadi raja, maka mereka sampai ke tempat yang betul dan tepat.
Petunjuk yang datang daripada Tuhan sebagai tanda kelahiran seorang raja membuatkan orang Majus berhasil menemui anak itu. Mereka dipimpin ke tempat di mana anak yang dilahirkan menjadi raja itu berada. Bintang itu mendahului mereka, lalu berhenti di atas tempat Anak itu dilahirkan.
Demikian juga dengan hidup kita pada hari ini, sekiranya kita mengikut petunjuk daripada Tuhan, pasti kita akan mengikut jalan yang betul dan arah yang tepat dalam hidup ini. Petunjuk yang datang daripada Tuhan pasti memimpin kita kepada keberhasilan dan kejayaan. Dengan itu, ikutilah petunjuk daripada Tuhan dengan setia dan sabar. Sebab petunjuk itu pasti berakhir pada tempat yang betul.
Selama kita hidup, ikutlah petunjuk daripada Tuhan. Pasti tidak akan mengecewakan kita...
Doa:Bapa yang di syurga, saya datang kepada-Mu, memohon hikmat dan kebijaksanaan daripada-Mu agar saya sentiasa berjalan dalam jalan-Mu sepanjang hidup saya. Petunjuk daripada-Mu pasti berakhir pada tempat yang tepat dan baik. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Comments