"…Dalam usaha kami untuk berbaik semula dengan Allah melalui hidup bersatu dengan Kristus, ternyata kami masih orang berdosa juga seperti orang bukan Yahudi. Adakah hal ini bererti bahawa Kristus yang menyebabkan kami berdosa? Tentu tidak!......” Galatia 2:17
Paulub berkata tentang orang Yahudi yang sudah percaya penuh kepada Tuhan Yesus Kristus tetapi masih belum mengerti cara mereka dibenarkan di hadapan Allah, iaitu hanya oleh karena bersatu dengan Kristus. Mereka berpandangan bahwa tidak cukup bagi seseorang itu hanya percaya kepada Tuhan Yesus dan mereka harus juga bergantung pada melakukan hukum Taurat agar mereka dibenarkan.
Namun pandapat mereka ini tidak benar, sebab seseorang yang sudah menjadi pengikut Tuhan Yesus Kristus sudah dibenarkan. Tetapi jika kita sendiri yang mencari jalan untuk dibenarkan di dalam Kristus, maka hal ini nyata bahawa kita menjadi orang berdosa. Sebab orang menjadi ‘orang berdosa’ bukan kerana bersatu dengan Kristus, namun dirinya sendiri.
Dengan itu “..bukan usaha kita sendiri yang menyebabkan kita berbaik semula dengan Tuhan tetapi kerana hidup bersatu dengan Kristus Yesus Tuhan.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, berterima kasih kepadaMu kerana menjadikan saya layak dihadapanMu, saya diterima oleh Engkau kerana anugarah kasihMu, saya serahkan hidup saya hanya kepadaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comentarios