“...Sekarang aku tahu bahawa TUHAN memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya; dari syurga-Nya yang suci TUHAN mengabulkan permintaannya. Oleh kuasa TUHAN, raja mendapat kemenangan yang besar..…"
Maz 20:7
Mazmur 20 ini merupakan sebuah doa seorang yang raja (ayat 1-5), manakala ayat yang ke berikut merupakan sebuah pengucapan syukurnya kepada Allah (ayat 6-10). Pemazmur ini merupakan seorang wira pejuang yang sering kali maju dalam peperangan.
Itulah sebabnya dia berkata “…sekarang dia tahu bahwa TUHAN menolong atau menyelamatkan orang yang telah dipilih-Nya Dia akan menjawabnya daripada surga yang kudus. Dia menggunakan kuasa-Nya yang besar untuk menyelamatkannya.
Oleh kerana Allah telah memilihkannya dan kuasanya menyertai dirinya maka dia memperolehi kemenangan yang besar ke atas musuh-musuhnya. Hal ini berkata kepada kita bahawa campurtangan Tuhan pasti menghasilkan kemenangan yang besar.
Demikian juga dengan diri kita pada hari ini, sekiranya Tuhan menyertai kita didalam segala yang kita lakukan, maka pasti kita akan menikmati kemenangan demi kemenangan. Sebab yang bertindak bagi pihak kita adalah Tuhan.
Ingat, selagi Tuhan yang memilih kita dan menyertai kita dalam perjalanan iman hidup kita, maka yang pasti adalah kita pasti akan menikmati kemenangan, sebab yang bertindak bagi kita adalah Tuhan.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap syukur kepadaMu atas penyertaanmu didalam setiap yang saya lakukan, campurtanganMu menyebabkan hidup saya sentiasa didalam kemenangan, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments