Setiap orang mahu menjadi bijak dalam segala perkara, sebab semua orang mahu berjaya dan berhasil dalam kehidupan mereka. Menjadi bijak merupakan impian semua orang yang ada di dunia ini, itulah sebabnya seseorang itu mahu mengikuti berbagai latihan dan kursus semata-mata ingin menjadi bijak.
Namun pemazmur berkata kepada kita bahwa, untuk menjadi bijak seseorang itu harus menghormati Tuhan. Dengan memiliki sikap yang takut akan Tuhan, maka seseorang itu akan menjadi bijak. Dimana Tuhan akan memberikan dia pengertian, sebab dia hidup mentaati perintah-Nya.
Bagaimana dengan diri kita pada saat ini? Apakah Anda ingin menjadi seorang yang bijak dalam hidup ini? Ingat, pemazmur berkata kepada kita dalam Mazmur 111:10, "Cara menjadi bijak adalah dengan menghormati TUHAN; Dia memberikan pengertian kepada semua orang yang mentaati perintah-Nya. Hendaklah TUHAN dipuji selama-lamanya!"
Apakah itu hidup takut akan Tuhan menurut Alkitab, mari kita melihat dalam Amsal 8:13 yang berkata, "Menghormati TUHAN berarti membenci kejahatan; aku membenci kesombongan dan keangkuhan, tingkah laku jahat dan dusta."
Maukah Anda menjadi bijak dalam hidup ini? Jika Anda mau, jalani hidup yang takut akan Tuhan.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepada-Mu, memohon bimbingan dari-Mu, ajar saya hidup yang takut akan Engkau setiap hari. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments