top of page

Ceritakanlah Pekerjaan Tuhan Dalam Hidup Kita


“…Aku tidak menyimpan berita penyelamatan itu dalam hati; aku selalu menceritakan pertolongan dan kesetiaan-Mu. Dalam perhimpunan umat-Mu, aku tidak pernah berdiam diri tentang kesetiaan dan kasih-Mu.…” Mazmur 40:11


Pemazmur berkata kepada kita bahawa dia “…tidak pernah menyembunyikan berita penyelamatan Tuhan itu dalam hatinya, namun dia sentiasa menceritakan pertolongan dan kesetiaan Tuhan didalam perhimpunan umat Tuhan.


Pemazmur berkata bahawa dia tidak pernah berdiam diri tentang kesetiaan dan kasih Tuhan yang dia alami didalam hidupnya kepada orang lain. Namun dia sentiasa menceritakannya didalam perhimpunan umat Tuhan.


Baginya pengalaman peribadinya bersama-sama dengan Tuhan itu perlu diceritakan olehnya sentiasa kepada orang lain, iaitu memberitakan tentang hal-hal yang baik tentang apa yang Tuhan telah lakukan baginya. Jangan menyembunyikannya dalam hati kita.


Oleh itu janganlah menjadikan diri kita kedekut dengan pengalaman tentang pertolongan dan kesetiaan Tuhan yang kita telah alami didalam hidup kita selama ini, tetapi marilah kita menceritakannya kepada semua orang yang ada di sekeliling kita


Memiliki sikap yang sentiasa menceritakan tentang hal-hal yang baik yang telah Tuhan lakukan didalam hidup kita tidak akan merugikan hidup kita. Malah menguntungkan kehidupan kita secara peribadi


Sebab semakin kita menceritakan Tuhan dalam hidup kita semakin kita akan mengasihi Dia didalam hidup kita. Demikian juga halnya semakin kita menceritakan Tuhan dalam hidup kita semakin kita yakin dengan pertolonganNya


Oleh itu ceritakanlah Tuhan dalam hidupmu setiap hari…


Doa: Bapa yang di surga, ajarlah saya untuk terus menceritakan kebaikanMu dan kesetiaanMu kepada orang lain, setiap hari dan waktu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page