top of page

Cinta pemazmur akan Rumah Tuhan


“…Cintaku untuk Rumah-Mu berkobar-kobar seperti api; hinaan yang ditujukan kepada-Mu menimpa diriku.....” Mazmur 69:10


Pemazmur sedang mengeluh tentang kesusahan dan kesulitan yang besar, yang sedang dia alami dalam perjalanan kehidupannya, oleh kerana hal ini maka pemazmur datang kepada Tuhan dengan sungguh-sungguh memohon kepadaNya untuk membebaskan dan menolongnya.


Didalam keluhan pemazmur terhadap hinaan dan celaan yang terus-menerus yang dilontar kepadanya telah membebani hatinya. Namun penderitaan yang dilalui oleh pemazmur ini telah menyebabkan cintanya kepada Rumah Tuhan semakin berkobar-kobar


Pemazmur berkata kepada kita bahawa cintanya untuk Rumah Tuhan semakin berkobar-kobar seperti api; hal ini merujuk kepada kegairahan pemazmur akan bait Tuhan atau semangatnya akan Bait Tuhan menjadi berapi-api.


Sehingga bagi dirinya, mereka yang menghina Tuhan juga menghina dirinya, dengan kata lain.hinaan yang ditujukan kepada Tuhan juga menimpa dirinya sendiri. Oleh itu bagaimana dengan diri anda pada hari ini? Apakah penderitaan yang anda sedang lalui dalam hidup anda menyebabkan cinta anda akan Rumah Tuhan menjadi bertambah.


Ingat segala sesuatu yang kita lalui dalam hidup ini adalah baik, sekiranya kita melihat semuanya daripada sudut positif. Sebab bagi Tuhan segala perkara Dia biar kita lalui didalam hidup ini “dengan tujuan yang baik”. Oleh itu datang kepada Tuhan dalam segala perkara.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon bimbingan dan kekuatan daripadaMu, agar dalam segala perkara saya sentiasa bersandar kepadaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page