“...Betapa terangnya langit menyatakan kemuliaan Allah! Betapa jelasnya cakerawala menunjukkan perbuatan-Nya!... Maz 19:1
Pemazmur berkata kepada kita bahawa “...langit menceritakan tentang kemuliaan Allah dan memperlihatkan pekerjaan tangan-Nya yang sangat menakjubkan. Dimana pemazmur menggabungkan kemuliaan Allah didalam keindahan alam semesta.
Setiap hari yang baru memberitakan tentang pesanNya, manakala pada setiap malam hari Allah menjelaskan tentang kuasaNya. Walaupun kita tidak dapat mendengar suara atau berita atau kata-kata daripadaNya.
Namun melalui ciptaanNya maka diperlihatkanNya kepada kita pekerjaan tangan-Nya, walaupun ciptaanNya tidak dapat berkata-kata secara bersuara namun cahaya yang di langit menceritakan kemuliaan Allah sehingga terdengar sampai ke hujung dunia.
Ingat melihat ciptaanNya bererti melihat pekerjaan tanganNya, sebab segala ciptaanNya menceritakan tentang kemuliaanNua. Dengan itu kita harus sedar bahawa alam semesta adalah cara Allah memberitakan tentang kemuliaanNya kepada kita.
Kebesaran, keteraturan, keajaiban alam semesta menyebabkan kita sedar bahawa betapa agung Allah yang telah menciptakan semuanya. Walaupun kesaksian alam semesta terbatas namun kebesaran, keteraturan dan keajaibanNya sudah cukup untuk memberitakan kemuliaanNya.
Ingat alam semesta bekerja tanpa bersuara, melihatnya kita melihat kemuliaan Allah.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji dan mengagungkan namaMu kerana ciptaanMu, yang sentiasa berkata kepada saya bahawa Engkau Tuhan, yang berkuasa dan agung. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr. Patrick Taie
Комментарии