top of page

Dalam Kesusahan


“…Aku dalam kesusahan, ya Allah - dengarlah doaku! Aku takut kepada musuhku - selamatkanlah aku!....” Mazmur 64:2


Pemazmur ini menceritakan tentang musuh-musuhnya dan semua orang yang mengejar-ngejar dan memfitnahnya. Mereka terlalu banyak, hal ini menimbulkan kesukaran dan kesusahan yang besar kepada dirinya.


Oleh kerana kesusahan yang dilalui oleh pemazmur maka dia terdorong untuk datang kepada Tuhan dan berdoa kepada Tuhan untuk memohon penyelamatan akan nyawanya daripada ancaman musuh-musuhnya yang menyebabkan kesusahan dalam hidupnya.


Kesusahan yang dilalui oleh pemazmur bukan hadir oleh kerana kesalahan yang dia telah lakukan tetapi oleh kerana musuh-musuhnya yang membenci dirinya tanpa sebab. Didalam kesusahan yang dialaminya, dia datang kepada Tuhan untuk memohon penjagaan Tuhan daripada rancangan-rancangan musuh-musuhnya.


Pemazmur tidak melawan musuh-musuhnya secara jasmani tetapi dia menghadapi musuh-musuhnya dengan datang kepada Tuhan untuk pertolongan. Bagaimana dengan diri anda pada hari ini? Sewaktu anda menghadapi tentangan dan ancaman daripada dunia ini apakah tindakan anda?


Ingat setiap kita akan menghadapi serangan-serangan iblis, bila-bila masa, apakah persiapan kita dalam menghadapi serangan itu.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon kekuatan dan perlindungan daripadaMu ke atas serangan-serangan iblis yang saya hadapi setiap hari didalam perjalanan hidup saya, berikan saya kekuatan dan hikmat dalam menghadapinya, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page