Mazmur ini menceritakan tentang pengalaman pemazmur dan orang-orangnya ketika dilepaskan secara luar biasa oleh Tuhan daripada suatu bahaya yang begitu mengancam, yang boleh membuat mereka semua binasa.
Oleh kerana pengalaman secara peribadi pemazmur bagaimana Tuhan menolong mereka daripada bahaya, maka pemazmur berkata, “…bagaimanakah keadaannya jika TUHAN tidak memihak kita? Jawablah, hai Israel! Jika TUHAN tidak memihak kita, ketika musuh menyerang kita,…” Mazmur 124:1-2
Pemazmur sedar bahawa pembebasan mereka daripada musuh-musuhnya adalah oleh kerana kebaikan Tuhan, yang telah menyelamatkan mereka dari kehancuran yang mengancam mereka. Itulah sebabnya pemazmur berkata, “TUHAN memihak kepada kita, dan jikalau bukan demikian, kita pasti telah binasa.” Yang bererti:
Tuhan yang mengambil alih tanggung jawab mereka, dengan mendokong segala perkara mereka, dan tampil bagi mereka. Dia adalah penolong mereka, peribadi yang sentiasa menolong dan menyelamat mereka daripada musuh-musuh mereka.
Oleh kerana Tuhan dipihak mereka, maka pemazmur boleh merasa aman tanpa takut dalam menghadapi berbagai cabaran dan ancaman. Dengan itu, jika Tuhan menolong pemazmur daripada ancaman musuh-musuhnya, maka Tuhan yang sama juga boleh menolong saya dan anda pada hari ini.
Sebab Dia adalah Tuhan yang dahulu, sekarang dan selama-lamanya, maka bersandarlah pada Tuhan untuk pertolongan, maka anda akan merasa aman dan damai.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji namaMu kerana pertolonganMu ke atas hidup saya. Tanpa Tuhan, hidup ini tidak ada erti. Oleh itu, ajar saya untuk bersandar padaMu. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Comments