top of page

Darah Yesus

Minggu Kedua: Hidup Dalam Kuasa Kebangkitan

Hari Ke-3: Darah Yesus

Bacaan Kitab Suci hari ini:

(Ibrani 9:7; Efesus 1:7)

Pada setiap tahun bila Minggu Kebangkitan tiba, Tubuh Kristus (The Church) akan menghormati dan meraikan hadiah terbesar yang pernah diberikan Allah - kurniaan kehidupan kekal- melalui pengorbanan darah Yesus Kristus. Kita akan berpakaian yang terbaik Minggu itu. Kita akan menyanyikan lagu tentang kubur kosong, akan menikmati hidangan-hidangan istimewa. Minggu Easter adalah masa yang istimewa dalam keluarga jemaat Tuhan!


Mengapakah darah Yesus diperlukan untuk mendamaikan kitadengan Allah, sebagai orang berdosa?


Dari Kejadian hingga Wahyu, perkataan “darah” seolah-olah diletakkan di hadapan mata kita, sebagai peringatan tentang kepentingannya kepada Tuhan dan kepada kita. Ingat juga akan pengorbanan Habel, Nuh dan Ishak, dan anak domba Paskah, dan pemberian Hukum, semuanya telah terjadi, tetapi “bukan tanpa darah” (Ibrani 9:7, NKJV). Darah melambangkan pembersihan dan penyucian - penyelesaian sesuatu perkara.


Tuhan itu pengasih. Dan ungkapan terbesar kasih-Nya kepada kita adalah darah Yesus. Cinta itu meliputi setiap keperluan yang ada atau akan ada, dan setiap kali kita menggunakan darah, kita mengalami curahan cinta ini. Kasih itulah, melalui curahan darah, yang telah mencipta penghalang antara anda dan semua kerja Iblis.


Saat Hari Kebangkitan tiba, jangan pergi ke gereja biasa-biasa, jangan hanya menikmati gerakan gerejawi semata-mata, makan-makan serta berseronok memburu telur Paskah. Marilah kita mengangkat darah Yesus dalam hati kita ke tempat yang sama tinggi sepertinya terdapat di dalam hati Tuhan - dan membangkitkan semangat kita untuk perkara-perkara yang berkuasa yang oleh darah telah diperolehkan untuk kita.


Kuasa darah Yesus telah menyediakan segala yang anda perlukan untuk menjalani kehidupan kemenangan, termasuk penebusan, persekutuan, penyembuhan, perlindungan dan kuasa ke atas Iblis.


Akhirnya, arahkan hati anda ke tempat rasa berterima kasih yang mendalam kepada Dia yang telah membayar segala-gala sepenuhnya, supaya anda boleh hidup dalam kuasa kebangkitan dan berjalan dalam kemenangan!

Amin!

BERDOA:…………………


Pr Roland Satu Ukab

Opmerkingen


bottom of page