top of page

Dari Kesesakkan Timbul Pengharapan


“….Dengarkanlah aku ketika aku berseru meminta pertolongan, aku mengangkat tanganku ke arah Rumah-Mu yang suci…” Mazmur 28:2


Pemazmur meluahkan perasaan hatinya kepada Tuhan, oleh kerana kesesakkan yang sedang dihadapinya didalam hidupnya. Dia memohon kepada Tuhan untuk belas kasihan agar Tuhan tidak tuli dan berdiam diri terhadapnya. Sebab keadaannya saat ini seperti turun ke dalam lubang kubur.


Dengan itu pemazmur “..mengangkat tangannya dan berdoa menghadap tempat-Nya yang sangat kudus. Dia memohon kepada Tuhan untuk mendengar permohonannya sewaktu dia sekarang ini dalam kesesakan.


Dia memohon pertolongan Tuhan agar Dia menunjukkan kepadanya belas kasihan sebab kesesakan yang sedang menekan dirinya bagaikan dia hidup diantara orang mati. Oleh itu dia berdoa agar Tuhan berbelas kasihan kepadanya, mendengar seruannya dan menjawab doanya.


Kesesakan yang dialami oleh pemazmur telah mendorong dirinya berseru dengan sungguh kepada Tuhan untuk pertolongan. Demikian juga dengan kesesakkan yang ada didalam hidup kita hari ini, ia seharusnya menyebabkan kita bertumbuh secara rohani dan mendekati kita dengan Tuhan, sekiranya kita melihat segala perkara daripada sudut pandangan Tuhan.


Oleh itu janganlah kita berputus asa apabila kita melalui keadaan yang sangat menekan dan sukar didalam hidup ini, sebab Tuhan penolong kita siap mendengar doa dan seruan kita. Walaupun seakan-akan Dia tidak mendengar seruan kita, tetapi ingat pada waktu Tuhan segalanya akan menjadi indah bagi hidup kita.


Oleh itu jangan menyerah sewaktu melalui keadaan yang sukar dalam hidup ini….


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi berbagai cabaran dan kesukaran didalam hidup ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page