top of page

Daripada Hidup Terbeban Kepada Yang Melimpah-limpah



'Aku pokok anggur dan kamu ranting-rantingnya. Jika kamu tetap di dalam-Ku dan Aku di dalammu, kamu akan berbuah lebat. Tanpa-Ku, kamu tidak dapat menghasilkan apa-apa. ' (Yohanes 15:5 AVB)


Apabila kita mula ragu-ragu dengan kebaiakan Tuhan dan membuat keputusan untuk bergantung kepada diri kita sendiri, kita akan menghadapi pelbagai jenis masalah. Kita akan merasa terlalu keras bekerja, terlalu cemas, dan terbeban.


Tetapi Tuhan berjanji akan memberikan kita hidup yang berkelimpahan dan bukan hidup yang terbeban.


'Pencuri datang untuk mencuri, membunuh dan membinasakan. Tetapi Aku datang supaya manusia mempunyai hidup bahkan mempunyai hidup yang berlimpah-limpah. '

(Yohanes 10:10 AVB)


Bagaimana kita mengalami kehidupan yang berlimpah-limpah. Ada satu tabiat yang jikalau kita lakukan setiap hari, akan menghasilkan sumber kebaikan yang tidak berhenti : Kita tetap di dalam Tuhan (We stay connected to Jesus).


Yohanes 15:5 menyatakan, bahawa jikalau kita “connected” dengan Tuhan, kita akan berbuah lebat. Tanpa Tuhan kita tidak boleh menghasilkan apa-apa.


Apa yang akan berlaku kepada anggur yang dicantas daripada pokok? Ia akan mati selepas beberapa ketika. Dan ini adalah sama untuk kita dengan Tuhan. Tanpa kita “connected” kepada Tuhan, kita akan mati.


Tuhan adalah sumber tenaga dan kuasa. Jikalau kita melalui hidup dengan tenaga kita sendiri, kita akan terbeban atau mati. Apabila kita “connected” dengan Tuhan, kita mempunyai kuasa untuk memenuhi keperluan kita. Alkitab mengatakan bahawa, sukacita kita akan berlimpah-limpah.


'Aku berkata demikian kepadamu supaya kebahagiaan-Ku ada dalam dirimu dan sempurnalah kebahagiaanmu. '

(Yohanes 15:11 AVB)


Salah satu cara untuk kita “connect” dengan Yesus ialah melalui renungan harian kita. Sebelum kita pergi ke tempat pekerjaan kita atau marketplace (di manapun Tuhan letakkan kita), kita haruslah “connect” dengan Yesus - masa kita bersama dengan Tuhan. Di dalam renungan harian kita, kita sediakan masa berseorangan bersama dengan Tuhan dan kita mengenalNya melalui pembacaan Alkitab dan berkomunikasi denganNya di dalam doa.


'Keesokannya, pada waktu subuh, Yesus bangun lalu pergi ke luar kota ke suatu tempat yang sunyi untuk berdoa. '

(Markus 1:35 AVB)


Yesus sendiri tahu keperluanNya untuk “connect” dengan Tuhan. Jikalau Yesus adalah Putra Allah, apatah lagi, kita manusia biasa. Kita memerlukan tenaga dan kuasa melalui renungan harian kita bersama Tuhan.


Ada kalanya, kita merasakan tidak mahu bersama dengan Tuhan melalui renungan harian. Tetapi, kita tetap lakukannya. Jadi, melakukan renungan harian adalah satu keputusan dan disiplin yang harus kita lakukan. Kita tidak bergantung kepada emosi dan perasaan kita.


Apakah kita merasakan bahawa kita memerlukan lebih masa, tenaga, pengetahuan dan peluang? Izinkan kami mencabar kita semua untuk memupuk tabiat meluangkan masa bersama dengan Tuhan - renungan harian. Apabila kita “connected” dengan Tuhan, kita akan dapati, hidup kita berlimpah-limah.


Renungan:

  • Apakah situasi kehidupan kita yang terbeban sekarang, yang mahu kita tukarkan kepada hidup yang berlimpahan?

  • Lebih kita mengeratkan perhubungan dengan seseorang, lebih kuat perhubungan kita. Sama seperti Tuhan, lebih kita melakukan renungan harian, lebih intim, erat dan kuat perhubungan kita dengan Tuhan.

  • Apakah yang mengalih perhatian kita daripada membuat renungan harian. Apakah sempadan yang boleh kita lakukan supaya kita fokus kepada Tuhan semasa membuat renungan harian.

Comments


bottom of page