1 Samuel 6:1-3, 5 (BM)
Selepas Tabut Perjanjian TUHAN berada di negeri orang Filistin selama tujuh bulan, orang Filistin memanggil para imam dan ahli sihir, lalu bertanya, "Apakah yang harus kita lakukan dengan Tabut Perjanjian TUHAN itu? Jika Tabut itu kita kembalikan ke tempatnya, apakah benda yang patut dikirim bersama-samanya?" Mereka menjawab, "Jangan kembalikan Tabut Perjanjian Allah Israel dengan tidak menyertakan apa-apa persembahan untuk Dia. Tabut itu mesti disertai persembahan untuk menebus dosa kamu. Dengan demikian kamu akan disembuhkan, dan kamu akan mengetahui apa sebabnya Allah Israel terus-menerus menghukum kamu." Kamu mesti membuat tiruan daripada bengkak-bengkak dan tikus yang sedang mengganas di negeri kamu. Dengan demikian kamu memberikan penghormatan kepada Allah Israel. Mungkin Dia akan berhenti menghukum kamu, dewa, dan tanah kamu.
Pengajaran/Refleksi
Selepas Tabut Perjanjian TUHAN berada di negeri orang Filistin selama tujuh bulan, mereka ingin mengembalikannya ke tempat asalnya dengan disertai persembahan untuk menebus dosa.
Dengan persembahan tersebut, mereka akan disembuhkan dan memahami sebab Allah terus menerus menghukum mereka. Menghormati Allah adalah penting agar Dia berhenti menghukum mereka, dewa mereka, dan tanah mereka.
Mereka harus memberi persembahan untuk pengampunan dosa dan menghormati-Nya, maka Allah berhenti untuk menghukum mereka. Begitu juga dengan kita hari ini, datanglah kepada Tuhan dalam doa dan ibadah kita. Hormatilah Dia dengan seluruh kehidupan kita sampai selama-lamanya.
Doa
Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya datang kepada-Mu dan menghormati-Mu sepanjang hidup kami. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin!
Rev. Ali Langgit
Comments