top of page

Daud Dan Anak Buahnya Meratap, Berkabung Dan Berpuasa


2 Samuel 1:6-12 (AVB)

         6Jawab orang muda itu, “Kebetulan aku berada di Gunung Gilboa, lalu kulihat Saul bersandar pada tombaknya. Kulihat pula rata-rata dan pasukan berkuda mengejarnya.7Ketika dia menoleh ke belakang, dia melihat hamba lalu memanggil hamba. Hamba menjawab, ‘Daulat, Tuanku.’ 8Dia bertanya kepada hamba, ‘Siapakah engkau?’ Jawab hamba kepadanya, ‘Hamba ini seorang Amalek.’ 9Lalu katanya kepadaku, ‘Tolong, berdirilah di sisiku dan bunuhlah aku, kerana aku sekarat tetapi masih bernyawa.’ 10Maka berdirilah hamba di sisinya lalu membunuhnya, kerana hamba tahu bahawa dia tidak akan hidup lagi setelah mengalami kekecundangan itu. Lalu hamba mengambil mahkota yang ada di kepalanya serta gelang yang ada di lengannya dan membawanya ke mari, kepada tuanku.”11Kemudian Daud dan semua orang yang ada bersamanya mengoyakkan pakaian masing-masing.12Mereka meratap, menangis, dan berpuasa sampai waktu maghrib kerana Saul, dan Yonatan, anaknya itu, serta kerana umat TUHAN, dan keturunan kaum Israel yang telah gugur bahana mata pedang itu.


Pengajaran/ Refleksi.

1. Setelah Daud mendengar kematian Raja Saul dan anaknya Yonatan maka anak buahnya mengoyakkan pakaian mereka kerana dukacita.

2. Mereka meratap, berkabung, dan berpuasa sepanjang hari itu bagi Raja Saul dan Yonatan anaknya dan bagi umat TUHAN yang sangat banyak terbunuh dalam pertempuran itu.


Dalam alkitab yang kita baca hari ini, membuktikan bahawa pada zaman perjanjian lama juga ada namanya "meratap, berkabung dan berpuasa" pada waktu mereka mengalami kedukaan. Tujuan mereka melakukan perkara tersebut adalah untuk menyerahkan semua kedukaan mereka kepada Tuhan, agar Tuhan memberikan kepada mereka penghiburan dan ketabahan untuk menghadapi semuanya. Pada saat ini sekiranya saudara dalam kedukaan dan penderitaan, saudara juga boleh melakukan perkara yang sama, sebagai tanda penyerahan penuh kepada Bapa, Tuhan kita, agar dia memberikan pertolongan dan membebaskan kita daripada yang jahat.

Halleluya dan amin!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin!


Rev. Ali Langgit

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page