“…Sekiranya umat-Ku mendengar firman-Ku, sekiranya mereka taat kepada-Ku, Aku akan mengalahkan musuh mereka dengan segera, dan menaklukkan semua lawan mereka......” Mazmur 81:14-15
Mazmur ini merupakan ajakan untuk bangsa Israel supaya mendengar Firman Tuhan. Sebab mendengar adalah dasar bagi bangsa Israel untuk masuk ke dalam ketetapan Tuhan dan syarat untuk mereka dapat menghayati perjanjian yang diadakan diantara Tuhan dengan mereka.
Daripada pemulaan sejarah perjanjian di antara Tuhan dengan bangsa Isreal dasar umum perintah Tuhan untuk mereka adalah “..mendengar..”. namun di sepanjang perjalanan hidup bangsa Israel, mereka seringkali menolakan untuk mendengar perintah Tuhan.
Menolak untuk mendengar Firman Tuhan bermaksud mereka sedang menolak untuk menerima kuasa Tuhan didalam kehidupan mereka dan juga menolak keselamatan yang Tuhan sediakan bagi diri mereka.
Oleh itu pemazmur memanggil bangsa Isreal supaya mendengar Firman Tuhan, sebab dengan mendengar Firman Tuhan maka mereka akan tertolong, dimana mereka terus berjalan didalam jalan Tuhan disepanjang kehidupan mereka sehingga mereka tidak akan tersesat.
Keinginan hati Tuhan untuk umatNya, sentiasa mendengar FirmanNya iaitu mengalih telinga mereka untuk mendengar suara Tuhan dan bukan suara dunia ini. Sebab Tuhan berjanji sekiranya mereka mendengar FirmanNya dan taat kepadaNya maka Dia akan mengalahkan musuh mereka dengan segera, dan menaklukkan semua lawan mereka.
Oleh itu bagaimana dengan diri anda pada hari ini apakah anda mengalih telinga anda untuk mendengar suara Tuhan atau suara dunia ini? Sebab mendengar Firman Tuhan dan.taat kepadaNya akan memimpin kita untuk mengalami kemenangan ke atas semua tuduhan iblis.
dengar dan taati Firman Tuhan….
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar saya sentiasa mendengar suaraMu dan bukan suara dunia ini, agar saya sentiasa berjalan dalam jalanMu, berikan saya hati yang rindu untuk mendengar FirmanMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
コメント