“..Engkau menyediakan jamuan untukku, di hadapan semua musuhku; Engkau menyambut aku sebagai tetamu yang dihormati dan mengisi cawanku hingga penuh.....” Maz 23:5
Oleh kerana Tuhan adalah Gembala bagi hidup pemazmur maka segala keperluannya disediakan olehNya. Itulah sebabnya pemzamur berkata kepada kita bahawa Tuhan “...menyediakan makanan bagi dirinya di hadapan semua musuhnya, dan menyambut dirinya sebagai tetamu kehormatan dengan berkat-berkat yang berkelimpahan.....”.
Sewaktu pemazmur merenungkan Allah sebagai Gembala bagi hidupnya, dengan penuh keyakinan dia berkata bahawa, “..dia tidak kekurangan apa-apa pun dalam hidupnya sebab Tuhan menyediakan segala yang dia perlukan setiap hari ini.
Oleh itu pemazmur tidak merasa takut akan kekurangan apa-apa pun didalam hidupnya, sebab Allah adalah Gembala bagi hidupnya, Dia Allah sentiasa menyediakan segala apa yang dia perlukan dalam hidupnya.
Sehingga didepan musuhnya Tuhan menyediakan meja perjamuan bagi dirinya dan berkat-berkat yang berkelimpahan. Dia Tuhan Pemberi segala yang diperlukan. Dengan itu pemazmur tidak akan kekurangan apa-apa pun.
Sebagai sebuah penghiburan bagi kita hari ini, sekiranya Allah adalah Gembala bagi hidup kita, Dia Tuhan yang mencukupi segala yang pemazmur perlukan setiap hari juga akan mencukupi apa yang kita perlukan juga hari ini.
Apakah anda telah menjadikan Tuhan sebagai Gembala bagi hidup anda pada hari ini?
Doa:
Bapa yang di surga, saya berterima kasih kerana menjadi gembala bagi kehidupan saya, saya berterima kasih kerana sentiasa memenuhi segala yang saya perlukan setiap hari didalam hidup saya. Oleh kerana kehadiranMu dalam hidup saya, saya tidak kekuarangan apa-apa pun. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Patrick Taie
Comentarios