top of page

Dibentuk. Bercela. Dibentuk Semula.


Bacaan Alkitab: Mazmur 126-135


Aku menantikan Tuhan, jiwaku menanti, dan kepada firman-Nya kusandarkan harapan. (Mazmur 130:5)


Hari ini kita belajar tentang tema mengenal Tuhan sebagai Pembaharu kita. Sejak awal lagi Tuhan yang membentuk kita (Kej. 2:7). Jadi mengapakah perlu untuk dibentuk semula? Jawapannya kerana dosa. Dosa meninggalkan kita dalam keadaan bercela - rosak dalam segala hal. Tetapi Allah dalam kasih anugerah dan belas kasihan-Nya, kita dibentuk semula menjadi ciptaan baru melalui iman dalam Kristus Yesus. Yang lama telah pergi dan yang baru telah datang! Ini adalah permulaan baru yang kita miliki dalam Kristus Yesus - dilahirkan semula dan dibentuk semula mengikut gambaran-Nya melalui kuasa Roh Kudus.


Dalam bacaan Alkitab hari ini, kita teruskan dengan sepuluh bab Mazmur lagi. Daripada sepuluh, sembilan diambil daripada kumpulan Mazmur yang dipanggil Nyanyian Ziarah (Mazmur 126-134). Mengapakah mereka dipanggil begitu? Nah, tradisi sejarah mengatakan orang Yahudi menyanyikan mazmur ini semasa mereka melakukan ziarah menuju ke kota Yerusalem semasa perayaan tahunan mereka. Mazmur membentuk pemikiran dan hati mereka walaupun dalam perjalanan mereka - tidak syak lagi memberi mereka galakan dan penantian semasa mereka melakukan perjalanan yang jauh dan mencabar.


Demikian juga, kita juga adalah peziarah yang berjalan di dalam panggilan Tuhan dalam Kristus Yesus (Filipi 3:14). Jadi sama seperti zaman dahulu, semoga Mazmur dan Kitab Suci memperbaharui kita di sepanjang jalan – untuk sentiasa mengingatkan kita tentang perkara- perkara besar yang telah Tuhan lakukan (Mazmur 126), berkat Tuhan kepada mereka yang mengikuti jalan-Nya (Mazmur 127-128) dan kesatuan yang kita miliki sebagai umat Tuhan (Mazmur 133). Semoga menjadi manna dan makanan yang segar buat roh kita sehingga kita bersemuka dengan-Nya.


“Firman Tuhanlah yang menjadikan kita; adakah ia sesuatu yang menghairankan jika Firman-Nyalah yang seharusnya memampukan kita?”

~ Charles Spurgeon ~


Doa:

Tuhan Yesus, saya mengakui bahawa saya begitu jauh dari kesempurnaan yang hanya ditemui di dalam-Mu. Ketika saya merenungkan Firman-Mu setiap hari, saya mohon agar Engkau lakukan perubahan setiap hari di dalam saya, supaya saya akan bertumbuh dan menjadi semakin serupa dengan-Mu. Amin.


Pr Lee Yew Meng, NECF


Commenti


bottom of page