top of page

Diberkati Untuk Memberkati


Teks

Rut 2:4-6,12,20 (BM)

Tidak berapa lama kemudian, Boas sendiri datang dari Betlehem. Dia memberikan salam kepada para pekerjanya. "Semoga TUHAN menyertai kamu!" katanya. "Semoga TUHAN memberkati tuan!" jawab mereka. Kemudian Boas bertanya kepada ketua pekerjanya, "Siapakah keluarga wanita itu?" Ketua pekerja itu menjelaskan, "Dia wanita asing yang baru datang dari Moab bersama dengan Naomi. Semoga TUHAN membalas segala kebaikanmu. Semoga kamu menerima apa yang patut diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allah Israel, kerana kamu telah datang untuk berlindung kepada-Nya!" "Semoga TUHAN memberkati Boas!" kata Naomi kepada Rut. "TUHAN sentiasa menepati janji-Nya, baik kepada orang yang masih hidup mahupun kepada orang yang sudah meninggal." Katanya lagi, "Orang itu saudara dekat kita. Dialah yang patut bertanggungjawab terhadap kita."


Pengajaran/Refleksi


Firman Tuhan hari ini mengajar kita supaya kita belajar memberkati sesama dalam Tuhan dan bahkan bertanggungjawab kepada ahli keluarga kita seperti yang dilakukan Boas.


Hari ini juga kita belajar untuk mengucapkan kata-kata berkat kepada sesama dalam Tuhan. Katakan begini: "Semoga TUHAN menyertaimu dan semoga TUHAN memberkatimu."


Ingat, bahawa TUHAN sentiasa menepati janji-Nya baik kepada orang yang masih hidup mahupun kepada yang sudah meninggal, seperti yang disebut dalam Firman di sini.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin!


Rev. Ali Langgit

Comentarios


bottom of page