' .. Aku akan berbelas kasihan terhadap kesalahan mereka; dan dosa mereka tidak akan Kuingati lagi. ” (Ibrani 8:1-13, ay.12).
Renungan:
Kita terus mengenang perkara-perkara di masa lalu (sama ada baru-baru ini atau sebaliknya) yang menghalang kemajuan dalam kehidupan Kristian kita. Perkara kedua yang mesti kita lupakan ialah dosa kita. Kita semua pernah melakukan dosa dan kita semua perlu bertaubat. Tetapi apabila kita telah bertaubat dan menerima pengampunan, kita mesti terus maju (move on).
Apa yang Tuhan katakan kepada orang yang bertaubat?
'Saya tidak akan ... mengingati dosa mereka lagi.'
Nabi Mikha mengingatkan kita bahawa Tuhan berjanji untuk 'membuang segala dosa kita ke laut yang dalam.' (7:19). 'Kemudian' seperti ayat yang dipetik dari perkataan Billy Graham, 'Dia meletakkan papan tanda yang mengatakan "Dilarang Memancing'. [Tuhan berjanji untuk membuang segala dosa kita ke laut yang dalam, kemudian, Dia meletakkan papan tanda yang mengatakan "Dilarang Memancing].
Walau bagaimanapun, ramai yang masih mempersalahkan diri mereka sendiri kerana dosa mereka (walaupun dosa tersebut telah diakui dan diampuni oleh Tuhan), dan dengan berbuat demikian mereka menggagalkan perjalanan harian mereka dengan Tuhan. Ini kerana mereka berpegang pada dosa dan kesalahan mereka, mereka dihalang daripada hidup sepenuhnya pada saat ini.
Pakar psikologi telah mencipta istilah dalam beberapa dekad lalu yang mungkin anda pernah dengar - kebergantungan bersama (co-dependency). Kebergantungan bersama ialah seseorang yang, tidak memilih kebebasan dan berpuas hati dengan sesuatu yang kurang. Sebagai contoh, isteri seorang peminum alkohol yang menderita, mungkin berpuas hati dengan keadaan mereka daripada cuba menyelesaikan masalah itu. Seorang yang mengalami kebergantungan bersama mungkin kelihatan menyokong orang lain, tetapi jauh di lubuk hati mereka mungkin merasakan mereka layak menerima penderitaan yang mereka alami. Kadang-kadang orang yang berpegang teguh pada dosa mereka selepas mereka diampuni berbuat demikian kerana keperluan fisiologi untuk merenung diri mereka sendiri. Mereka tidak menerima pengampunan - oleh itu mereka masih mempunyai rasa bersalah dan merasa perlu untuk menghukum diri mereka sendiri. Penebusan diri digantikan oleh mereka dengan penebusan Kristus. Setelah kita bertaubat dari dosa-dosa kita, Allah mengampuni dan melupakannya. Dan anda juga harus melupakan semua dosa masa lalu kita.
Ayat-ayat rujukan:
Mikha 7:18-20;
Ibr. 10:1-18
Doa:
Ya Tuhan, ampunilah saya jika saya cuba menebus dosa saya sendiri dan bukannya menerima manfaat penebusan AnakMu, Yesus untuk saya di Kalvari. Engkau mengampuni dan melupakan. Sekarang, dengan pertolongan-Mu, saya akan melupakan dosa-dosa saya juga. Saya mohon di dalam nama Yesus. Amin.
Rev. Gerawat Maran
コメント