top of page

Dipenuhi Dengan Roh Kudus



Efesus 5:15-19 (AVB) 15 Hiduplah dengan hati-hati – bukan seperti orang tidak arif tetapi sebagai orang bijaksana, 16 dan pergunakanlah setiap peluang dengan sebaiknya kerana ini zaman durjana. 17 Dengan demikian, janganlah bodoh, tetapi mengertilah kehendak Tuhan.18 Dan janganlah mabuk air anggur, yang berupa maksiat. Sebaliknya, penuhi diri dengan Roh. 19 Berkata-katalah sesama sendiri dengan mazmur, lagu pujian serta nyanyian rohani, menyanyi dan berlagu untuk Tuhan dalam hatimu.

Kisah Para Rasul 4:31 (AVB) Setelah mereka berdoa, tempat mereka berhimpun itu bergoncang. Mereka semua dipenuhi dengan Roh Kudus dan mengucap firman Allah dengan berani.

Kisah Para Rasul 13:52 (AVB) Bagaimanapun, para murid Yesus amat bergembira dan dipenuhi Roh Kudus.


Lukas 11:5-13 (AVB) 5 Yesus meneruskan kata-Nya, "Siapakah antara kamu yang akan pergi kepada sahabatnya pada lewat malam lalu berkata kepadanya, 'Hai sahabat, pinjamilah aku tiga buku roti 6 kerana seorang sahabatku telah singgah di rumahku dalam perjalanannya dan aku tiada makanan apa-apa untuk dihidangkan.' 7 Sahabat itu menjawab dari dalam rumahnya, 'Janganlah ganggu aku kerana pintu sudah dikunci dan kami semua telah pun masuk tidur. Aku tidak dapat bangun dan memberikan apa-apa.' " 8 Yesus berkata, "Aku berkata kepadamu bahawa sungguhpun, dia tidak mahu bangun memberikan pinjaman itu kepadamu kerana kamu sahabatnya, tetapi dia akan bangun juga dan memberikan pinjaman seberapa banyak yang kamu perlukan kalau kamu tidak segan untuk terus meminta daripadanya. 9 Oleh itu, Aku berkata kepadamu: Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu. 10 Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya. 11 Bapa yang manakah antara kamu akan memberikan ular kepada anaknya yang meminta ikan, 12 atau memberikan kala jengking kalau dipintanya telur? 13 Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta daripada-Nya!"



Adalah tidak mencukupi untuk kita dibaptiskan dengan Roh Kudus sahaja. Kita juga perlu dipenuhi dengan Roh Kudus. Ada kemungkinan ada kebocoran untuk kita sebagai seorang Krisitan.


Apabila kita membaca Kisah Para Rasul, kita dapat melihat dengan jelas para rasul bukan hanya dipenuhi Roh Kudus sekali sahaja dengan bertutur dalam pelbagai bahasa asing , seperti yang diberikan oleh Roh ( kisah para rasul 2:4) tetapi, kita juga dapat melihat dalam dua buah kejadian di mana murid dipenuhi dengan Roh Kudus ( kisah para rasul 4:31 dan 13:52). Oleh itu kita harus sentiasa dipenuhi dengan Roh Kudus, berulang-ulang kali. Jikalau rasul-rasul dipenuhi dengan berulang kali, apatah lagi kita yang percaya?


Kita harus selalu meminta Yesus ‘memenuhi kita dengan Roh Kudus.’ Kita memerlukan yang baru. Sentuhan kecil adalah tidak mencukupi. Kita memerlukan sepenuh yang boleh daripada Tuhan.

Kita perlu ingat, apabila musuh bekerja membawa kematian dan kemusnahan dalam hidup kita, Roh Kudus yang membangkitkan Yesus dari kematian ada di dalam kita. Kita perlu meminta dariapada Tuhan untuk memenuhi diri dengan sungai yang tidak terputus.


Bila musuh datang untuk mengganggu matlamat Tuhan di dalam hidup kita, kita perlu ingat bahawa Roh Kudus berada di dalam kita dan kita cuma perlu meminta lagi, lagi dan lagi.


Komuniti Digital

Comments


bottom of page