top of page

Ditinggalkan Tetapi Tidak Dilupakan


. “…kerana Engkau tidak akan meninggalkan rohku di alam maut, dan Engkau tidak akan membiarkan Orang Suci-Mu reput.' (Mazmur 16:10 AVB)


Bila aku masih muda, saya takuti hari di mana saya akan ditinggalkan oleh semua orang, secara khusus bila ibu bapa saya pergi. Semasa lockdown Covid, seorang perempuan menelefon saya, dengan bunyi tangisan dan hingus mengalir, kerana teman serumahnya terjangkit Covid dan terbawa ke hospital, dan dia ketakutan kerana ditinggalkan seorangan, sampai ke tahap tidur di dalam kereta sepanjang malam! Kita semua takut ditinggalkan, diasingkan, di-ghosted, dan stonewalled! Kita telah mengalami ketika bila kita telah secara langsung dikucilkan daripada aktiviti dan permainan oleh kawan-kawan kita.


Kira-kira jam kesembilan, Yesus berseru dengan suara yang lantang, Eli, Eli, lama sabakhtani? maksudnya "Ya Allah-ku, ya-Allah-ku, mengapa Kau tinggalkan Aku?" (Matius 27:46)


Seruan kerana ditinggalkan, diabaikan, sebab dosa-dosa yang Dia pikul atas diri-Nya. Wajahnya dicemari dengan kecemaran manusia! Orang sering kali kata, “Itulah sebabnya dunia ini begitu rosak.... kerana si anu dan si anu.... kerana itu dan ini...” Tetapi mereka telah lupa bahawa semua kejahatan dan kerosakan ditanggung oleh Dia yang tidak mengenal dosa. Dia mengambil pada diri-Nya, menjadi kecemaran dan kehinaan dosa kita! Dan Bapa berpaling muka daripada melihat Anak-Nya.


Untuk tujuan apa? Apa manfaatnya? “Sesudah kesusahan jiwanya dia akan melihat cahaya kehidupan dan menjadi puas. Hamba-Ku itu akan membenarkan ramai orang dengan pengetahuannya. Dia akan memikul dosa-dosa mereka. ” (Yesaya 53:11 AVB)


Dia dihina dan ditolak manusia, seorang yang penuh derita dan terbiasa dengan kesakitan. Dia dihina sehingga orang menutup muka terhadap dia, dan kita pun menganggapnya tidak penting.” (Yesaya 53:3 AVB) agar kita tidak perlu ditinggalkan lagi.


Supaya kita tidak perlu menanggung dosa, penghukuman dan neraka. Supaya terpujilah kemuliaan kasih karunia-NYA, yang dirahmati-NYA kepada kita dalam Dia yang dikasihi-NYA.” (Efesus 1:6 AVB)


Sumber : Facebook Pr Edmund Kumar

Comments


bottom of page