top of page

Doa Ayub


Ayub 42:1- 17 (AVB)

1Jawab Ayub kepada Tuhan,

2"Aku tahu bahawa Engkau sanggup melakukan apa-apa pun,

dan rancangan-Mu tidak dapat dicegah.

3 Firman-Mu, 'Siapakah ini, yang meragukan hikmah-Ku

dengan tidak berpengetahuan?'

Itulah sebabnya aku telah menyatakan apa yang tidak kufahami,

hal-hal yang terlalu ajaib bagiku, yang tidak kuketahui.

4 Firman-Mu, 'Dengarlah, Aku hendak berfirman.

Aku hendak bertanya kepadamu, dan engkau harus menjawab Aku.'

5 Dahulunya, Engkau hanya kudengar melalui telinga,

tetapi sekarang aku melihat Engkau dengan mataku.

6 Oleh sebab itu aku memandang hina diriku,

dan duduk menyesal dalam debu dan abu."

7 Setelah Tuhan menyampaikan firman itu kepada Ayub, berfirmanlah Tuhan kepada Elifas, orang Teman, "Murka-Ku menyala terhadap engkau dan terhadap kedua-dua sahabatmu, kerana kamu tidak berkata benar tentang Aku seperti hamba-Ku Ayub.

8 Sekarang, ambillah tujuh ekor lembu jantan dan tujuh ekor domba jantan. Pergilah kepada hamba-Ku Ayub dan persembahkanlah korban bakaran demi dirimu. Ayub, hamba-Ku, harus berdoa untuk kamu, kerana hanya doanyalah yang akan Kuterima, supaya jangan Aku memperlakukan kamu selaras dengan kebodohan kamu. Kamu tidak berkata benar tentang Aku seperti hamba-Ku Ayub."

9 Maka pergilah Elifas orang Teman, Bildad orang Suah, dan Zofar orang Naama, lalu melaksanakan apa yang difirmankan Tuhan kepada mereka. Tuhan pun menerima permohonan Ayub.

10 Setelah Ayub berdoa untuk sahabat-sahabatnya, Tuhan memulihkan keadaan mereka. Kemudian Tuhan menambahkan segala milik Ayub dua kali lipat ganda dari dahulu. 11 Semua saudara lelakinya, saudara perempuannya, dan semua kenalannya yang lama datang kepadanya dan makan bersama-sama di rumahnya. Mereka turut berdukacita dan menghiburkan dia kerana segala malapetaka yang telah ditimpakan Tuhan kepadanya. Masing-masing memberi dia sekeping wang dan sebutir cincin emas.

12 Tuhan memberkati sisa hidup Ayub lebih daripada sebelumnya. Dia memiliki 14,000 ekor kambing dan domba, 6,000 ekor unta, 1,000 pasang lembu, dan 1,000 ekor keldai betina. 13 Dia juga memiliki tujuh orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan.

14 Anak perempuan yang pertama diberinya nama Yemima, yang kedua Kezia, dan yang ketiga Keren-hapukh. 15 Di seluruh negeri tidak ada perempuan secantik anak-anak perempuan Ayub. Ayah mereka memberi mereka harta pusaka bersama-sama para saudara lelaki mereka.

16 Setelah itu, Ayub masih hidup 140 tahun lamanya. Dia melihat anak cucunya sampai keturunan yang keempat. 17Kemudian Ayub pun meninggal ketika sudah tua dan lanjut usia.


Shalom, salam sejahtera bagi kita sidang jemaat yang dikasihi Tuhan Yesus Kristus. Rhema kita pagi ini adalah tentang Doa Ayub. Siapa diantara kita yang tidak kenal kisah tentang Ayub seorang yang saleh dan jujur serta takut akan Allah, tetapi dia juga mengalami Pengujian dalam seluruh aspek kehidupannya. Pembelajaran apa yang dapat kita pelajari dari pada Doa yang dinaikkan Ayub sehingga Tuhan memulihkan Keadaannya . Ada 3 perkara yang dapat kita Pelajari iaitu


A. Ketika Ayub Bertobat atas Perkataannya maka Tuhan memulihkan Keadaannya

  • Ketika Ayub bertobat dan mengakui kesalahannya dihadapan Tuhan, kerana dia telah mengutuki hari kelahirannya maka dia mengalami pemulihan (Ay 3)

  • Meskipun Ayub adalah orang yang Saleh Jujur dan takut akan Allah tidak bererti hidupnya tanpa salah , terbukti dia pernah mengutuki hari kelahirannya, kerana kesakitannya dalam menjalani kehidupan .

  • Mungkin sahaja Ayub tidak sengaja mengucapkan kata-kata kutuk atas “Hari Kelahirannya”, tetapi perbuatan itu dosa dimata Tuhan . Oleh yang sedemikian apapun yang sedang kita alami, persoalan dan cabaran dalam hidup janganlah pernah kita mengutuki “kehidupan yang Tuhan sudah berikan kepada kita”.

  • Karena perkataan yang seperti itu sama sahaja tidak menerima Hakekat diri sebagai Ciptaan Allah, dan ini merupakan perbuatan Dosa yang telah dilakukan Ayub.

  • Itulah sebabnya Mat 12 : 37 mengatakan : “Kerana ucapanmu kamu akan dibenarkan dan menurut ucapanmu jugalah kamu akan dihukum”.

  • Dengan demikian supaya Tuhan menjawab Doa-doa kita marilah kita mengakui dosa yang kita lakukan melalui perkataan-perkataan kita.


B. Ketika Ayub bertobat dari sikap hatinya yang salah terhadap Tuhan maka Tuhan memulihkan Dia

  • Ketika Ayub bertobat dari sikap hatinya yang salah terhadap Tuhan maka Tuhan mengampuninya, hal itulah yang menjadikan Doa Ayub sangat besar kuasanya.

  • Dalam ayat 9 dikatakan bahawa : “ Dan Tuhan menerima permintaan Ayub. Karena Tuhan menguji iman kita seringkali datang berupa sakit penyakit, kesulitan dalam keuangan, perpecahan keluarga, penganiayaan, ancaman kematian dan berbagai bentuk lainnya.

  • Walaupun mungkin bentuknya berbeza atas setiap orang tetapi tujuannya sama sahaja yaitu untuk menghasilkan kemurnian terhadap iman kita.

  • Sebagaimana Firman Tuhan yang mengatakan : “Bahawa Ujian terhadap Imanmu itu menghasilkan ketekunan (Yak 1 : 3). Tuhan punya maksud tertentu atas setiap kehidupan yang kita jalani.

  • Dengan demikian marilah kita bertobat supaya Tuhan memulihkan keadaan kita.


C. Ketika Ayub mendoakan para Sahabatnya Tuhan akhirnya Memulihkan Hidupnya

  • Dalam ayat 10 dikatakan : “ Tuhan memulihkan keadaan Ayub setelah ia meminta doa untuk sahabat-sahabatnya, dan Tuhan memberikan kepada Ayub 2 kali lipat dari segala kepunyaannya dahulu.

  • Pembelajaran yang perlu kita pahami di sini ialah: setiap kepahitan yang pernah kita alami kepada siapapun, kita perlu menyelesaikannya supaya Tuhan berkenan atas hidup dan Doa-Doa kita

  • Sebagaimana Firman Tuhan dalam Mat 5 : 23 – 24 yang mengatakan : “ Sebab itu jika engkau mempersembahkan persembahanmu di atas mezbah dan engkau teringat akan sesuatu yang ada dalam hati saudaramu terhadap engkau, tinggalkanlah persembahanmu di depan Mezbah itu dan pergilah berdamai dahulu dengan saudaramu , lalu kembalilah untuk mempersembahkan persembahan itu.


D. Kesimpulan :

Dengan demikian marilah kita sensitive terhadap perkara yang seperti yang dilakukan oleh Ayub , mendoakan orang-orang yang telah menyakiti hati kita kerana ketika kita mendoakan mereka maka kita sendiri akan memiliki Kuasa atas doa-doa yang kita panjatkan kepadaNya (Yak 5 : 16b)


Pr. Datin Rosmaida S-Justin

Comments


bottom of page