top of page

Doa Hana


1 Sam 2 :1-3 (AVB)


1 Lalu berdoalah Hana,

"Hatiku bersuka ria kerana Tuhan;

Kekuatanku disanjung tinggi kerana Tuhan.

Mulutku mengecam para musuhku,

kerana aku bersukacita atas pertolongan-Mu.

2 Tiada yang suci seperti Tuhan.

Tiada yang lain kecuali Engkau,

tiada batu pejal seperti Allah kita.

3 Jangan terus-menerus bercakap sebegitu sombong,

janganlah keangkuhan keluar daripada mulutmu,

kerana Tuhan itu Allah Yang Maha Tahu

dan melalui-Nya setiap perbuatan manusia dipertimbangkan.


Shalom, salam sejahtera bagi kita sidang jemaat yang dikasihi Tuhan Yesus Kristus. Rhema kita hari ini adalah tentang Doa yang terambil dari kitab 1 Sam 2 yaitu tentang Doa ibu Hana .


Pembelajaran apa yang dapat kita temukan dari Doa seorang Ibu yang memiliki beban yang berat? Paling tidak ada 3 perkara yang dapat menjadi pembelajaran bagi kita diantaranya ialah :


A. Berdoa dengan tulus dan jujur (ayat 1)

  • Hana berdoa penuh dengan sukacita kerana pertolongan Tuhan

  • Pengakuan Hana diungkapkannya dengan penuh kejujuran dgn berkata “hatiku bersukaria kerana Tuhan”.

  • Meskipun ada banyak persoalan yang dialaminya tetapi kejujurannya menjadi modal utama baginya, kerana ternyata Allah akan menjawab doa- doa orang yang jujur (Maz 50 : 23).

  • Marilah kita tetap membawa segala persoalan kita kepada Tuhan dengan jujur, kerana Tuhan melihat langkah-langkah orang yang jujur (Titus 2 : 7).

  • Sudahkah kita berdoa dengan penuh ketulusan dan jujur dihadapanNya

  • Nyatakanlah persoalan anda dengan penuh dengan ketulusan dan jujur .


B. Memahami dan mengenal Allah dengan benar (ayat 2)


  • Jika kita berdoa kita mesti ingat bahawa Allah itu kudus, bererti Dia mengetahui akan segala keberadaan kita.

  • Memahami dan Mengenal Allah dengan benar membuat Hana sadar bahwa Allah itu Kudus, sehingga dia harus hidup dalam kekudusan jika dia menghampiri Allah.

  • Kerana tanpa kekudusan tidak ada seorangpun yang dapat melihat Allah (Ibr 12 : 14).

  • Dengan demikian pengenalan dan pemahaman kita terhadap Allah sepatunya membawa kita untuk menjaga kekudusan hidup dihadapanNya.


C. Terbuka kepada Tuhan dan mengakui dosa (ayat 3)


  • Kita perlu terbuka kepada Tuhan dan mengakui dosa-dosa kita.

  • Dalam Yes 59 : 2 berkata : Yang membuat kita terpisah dari Tuhan adalah kejahatan dan dosa kita, itu sebabnya dia mengakui segala dosa-dosanya yang menghalangi dirinya untuk tidak layak dihadapan Tuhan.

  • Adakah diantara kita yang masih belum mengakui dosa dihadapan Tuhan? Jangan biarkan dosa kita menjadi penghalang berkat yang sudah disediakanNya bagi kita.

  • Marilah kita jujur berdoa seperti Hana. Kerana Doa orang jujur berkenan dihati Tuhan.


Pr. Datin Rosmaida S-Justin

コメント


bottom of page