Bacaan Alkitab : Matius 6 :5-15
“Berdoalah demikian: ‘Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu.”. Matius 6:9
Ketika Tuhan Yesus Kristus mengajarkan tentang perihal berdoa, Dia memulai dengan mengajarkan bahawa dalam setiap doa kita, harus diingat bahawa kita sedang berdoa kepada Allah yang suci dan harus disembah, ditinggikan, diagungkan dan dihormati. Ketika kita berdoa, mulailah dengan mengagungkan Allah kita yang hidup dan berkuasa.
Bahan Doa
1. Berdoa secara khusus bagi para penginjil yang sedang memberitakan injil di seluruh pelusuk negara. Tanpa mengira denominasi atau gereja.
2. Doakan perlindungan penginjil-penginjil di seluruh negara termasuklah keluarga mereka masing-masing.
3. Berdoa supaya melalui pelayanan mereka, semakin ramai orang yang percaya dan menerima Tuhan Yesus Kristus sebagai Tuhan dan juruselamat mereka.
4. Doakan sponsor dan penaja bagi semua penginjil supaya keperluan sehari-hari mereka tetap dapat dipenuhi.
Doa Puasa Kebangsaan 31 Hari, Sidang Injil Borneo (SIB/BEM)
(Sabah, Sarawak, Semenanjung)
Comments