top of page

DOA NECF Hari 11: Ingat Diri Kita

Kitab Suci: Ibrani 2:5-9

Umat manusia sangat istimewa di hati Tuhan. Jika dibandingkan dengan malaikat, manusia dalam banyak hal lebih rendah dari segi bentuk dan prestasi. Namun, Tuhan tidak menjadikan dunia ini di bawah taklukan malaikat, melainkan di bawah taklukan umat manusia.


Beberapa waktu kemudian, Tuhan memberi kita teladan dalam diri Yesus. Yesus telah menjadi manusia untuk menunjukkan bahawa Tuhan tidak melupakan atau berputus asa terhadap kita. Yesus telah menjadi manusia agar kita dapat ditebus melalui penderitaan dan kematian-Nya. Dan sebagai manusia, Yesus telah dimahkotai dengan kemuliaan dan kehormatan untuk menunjukkan kepada kita bahawa, meskipun martabat kita rendah dan gagal sebagai manusia, kita akan dimurnikan untuk memerintah bersama-sama dengan Dia di dunia yang akan datang.


Betapa irinya hati para malaikat. Mereka ditugaskan untuk melayani orang-orang yang akan mewarisi keselamatan dan bukannya dipanggil untuk memerintah dunia (lihat Ibrani 1:14). Betapa bahagia dan bersyukurnya kita seharusnya. Walaupun adanya ketidaktaatan dan dosa kita, Tuhan selalu mengingati kita, bahkan sampai mengorbankan Anak-Nya yang tunggal agar kita dapat diselamatkan. Nabi Yesaya telah mengisytiharkan, “Dapatkah seorang perempuan melupakan bayinya, sehingga ia tidak menyayangi anak dari kandungannya? Sekalipun dia melupakannya, Aku tidak akan melupakan engkau.”


Doa:

  • Tuhan Yesus, kami tahu kami berharga di mata-Mu kerana kami diingatkan akan kasih karunia penyelamatan-Mu. Terima kasih kerana mencurahkan kasih dan hidup-Mu untuk kami supaya kami dapat disebut sebagai ahli waris Tuhan. Amin.

  • Berdoa agar ramai rakyat Malaysia yang memerlukan dan kurang mampu akan menerima bantuan yang berpatutan dan nyata daripada kerajaan sedia ada yang membolehkan mereka keluar dari kesusahan mereka secara kekal dan bukan hanya sementara.

  • Berdoa agar gereja dapat mencontohi Kristus yang telah menunjukkan belas kasihan kepada orang yang terpinggir, dan melayani masyarakat kita dengan kasih Yesus yang tidak berbelah bahagi dan tanpa syarat.


Rev Andy Chi

Comments


bottom of page