top of page

DOA NECF Hari 14: Tragedi yang Besar

Kitab Suci: Ibrani 3:7-19


Hubungan yang kita terima di dalam Kristus sungguh menakjubkan. Dari penciptaan hingga rencana Tuhan yang kekal, umat manusia telah diberi tempat dan peranan penting dalam pemikiran dan rencana-Nya. Apa yang telah diberikan kepada kita penuh penghormatan dan keistimewaan meskipun kita jauh dari layak menerimanya. Inilah yang Alkitab gambarkan sebagai “kekayaan kasih karunia-Nya yang melimpah-limpah sesuai dengan kebaikan-Nya terhadap kita dalam Kristus Yesus” (Efesus 2:7). Hal ini seharusnya membuat kita sangat bersyukur dan bersukacita. Malangnya, tidak semua orang yang diberkati bersyukur.


Penulis Ibrani memberi amaran kepada kita terhadap ketidakpercayaan dan kemunduran. Dia memberi amaran agar kita tidak mengikuti jejak bangsa Israel di padang gurun, yang memilih untuk ragu-ragu, merungut, dan mengeluh terhadap Tuhan meskipun Dia telah membebaskan mereka daripada perhambaan dan kekuasaan Firaun, serta menunjukkan kepada mereka pelbagai tindakan besar dari segi pemeliharaan dan kebaikan-Nya. Hal ini pada akhirnya mengakibatkan mereka gagal masuk ke Tanah Perjanjian. Ini benar-benar sebuah tragedi. Mari kita belajar dan bertaubat daripada kesilapan tragik bangsa Israel serta bersyukur atas semua yang telah Dia lakukan untuk kita.


Doa:

  • Tuhan Yesus, Engkau membayar harga yang mahal bagi setiap kami, untuk mendamaikan kami dengan Tuhan. Tolonglah kami supaya selalu diingatkan akan hati-Mu yang tertuju kepada kami agar kami tidak sesat, tersandung, atau jatuh. Lindungilah kami dalam tangan-Mu, kerana kami percaya pada tuntunan dan kuasa-Mu yang akan memulihkan kami setiap kali kami jatuh. Amin.

  • Berdoa agar Kementerian Kesihatan melaksanakan cara kreatif untuk memupuk kesedaran kesihatan yang kukuh di kalangan rakyat Malaysia melalui media sosial dan program. Berdoa untuk pembaharuan sistem penjagaan kesihatan untuk memenuhi keperluan penjagaan perubatan yang semakin meningkat.

  • Berdoa agar orang Kristian menjaga tubuh mereka yang merupakan bait Tuhan. Berdoa terutamanya untuk para pastor agar mereka dapat mengekalkan kesihatan mental dan fizikal mereka di samping kesejahteraan rohani mereka.



Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page