top of page

DOA NECF Hari 17: Sabat: Gambaran Fizikal Perhentian Allah

Kitab Suci: Ibrani 4:7–12


Ayat-ayat ini membicarakan bahawa konsep perhentian tidak hanya terbatas pada hari Sabat mingguan, tetapi juga merupakan gambaran dari keadaan perhentian yang lebih dalam yang dapat dicapai melalui iman dan ketaatan kepada Tuhan.


John Calvin, seorang ahli teologi Reformasi Protestan yang terkenal, berpendapat bahawa Sabat fizikal dari Perjanjian Lama telah dipenuhi dalam Kristus dan bahawa umat Kristian tidak lagi wajib untuk memelihara hari Sabat secara harfiah. Mat 12:8 menyatakan, “Karena Anak Manusia adalah Tuhan atas hari Sabat.” Calvin mengajarkan bahawa Kristus adalah Sabat yang sempurna, dan ketika seseorang memiliki iman pada Kristus, ia memasuki perhentian yang sejati.


Tuhan benar-benar mahu kita masuk ke dalam perhentian yang Tuhan sediakan, sama seperti Tuhan berhenti dari pekerjaan-Nya pada hari ke-7. Mengapa? Bukan sebab Dia perlu berehat tetapi kerana Dia telah menunjukkan teladan kepada kita manusia agar berehat dari semua kesibukan duniawi dan masuk ke dalam perhentian yang Tuhan sediakan. Tugasan pekerjaan tak akan pernah habis tetapi tubuh jasmani kita boleh kehabisan tenaga jika tidak direhatkan. Asingkanlah masa untuk berehat bersama keluarga kamu, dan praktikkanlah Sabat dalam hadirat Tuhan supaya kita tidak jatuh kepada ketidaktaatan seperti yang telah dilakukan oleh bangsa Israel ketika mereka dipimpin oleh Musa.


Saya percaya jika kita membiasakan diri kita masuk ke dalam perhentian Tuhan; berehat dari segala pekerjaan kita dan datang ke hadirat Tuhan, maka perjalanan iman kita takkan tergoncangkan - Jalan yang tidak tergoncangkan. Kerana Firman Tuhan seumpama pedang yang membimbing perjalanan rohani kita. Berusahalah untuk masuk ke perhentian yang lebih dalam melalui iman dan ketaatan kepada firman Tuhan, yang memiliki kekuatan untuk menyelami dan memahami fikiran dan hati manusia.


Doa:

  • Tuhan Yesus, ajarlah kami untuk benar-benar memahami erti perhentian-Mu. Berikanlah kami ketaatan kepada Firman-Mu, dan berikanlah kami perhentian yang telah Engkau janjikan ketika kami menyerahkan segala usaha kami kepada-Mu. Ketika menghadapi cabaran, ajarilah kami untuk mengucap syukur dan tetap berpaut teguh kepada-Mu. Amin.

  • Berdoa agar Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan terus mewujudkan infrastruktur dan kemudahan yang sesuai di kawasan luar bandar untuk meningkatkan kualiti hidup keseluruhan masyarakat luar bandar.

  • Berdoa agar gereja masyarakat luar bandar membina jambatan untuk kerja-kerja Injil melalui usaha penjangkauan mereka, dan agar mereka menjadi kuat dalam pemuridan kanak-kanak dan remaja. Berdoa juga agar mereka mampan dari segi kewangan.


Rev Rion Anjangkal

Commenti


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page