top of page

DOA NECF Hari 35: Janji-Janji Iman

Kitab Suci: Ibrani 11:39-40


Renungan:

Dalam Ibrani 11:1, iman ditakrifkan sebagai “...kepastian akan perkara-perkara yang diharapkan...”. Iman ini berbeza dengan kepercayaan-kepercayaan duniawi, dan terbina atas pengharapan dan janji-janji yang disebut dalam fasal-fasal yang sebelumnya. Maka, iman itu datang daripada Tuhan dan berakar umbi dalam Firman Tuhan dan janji-janji. Ia bermula dengan wahyu Tuhan, arahan, panggilan, dan janji-janji, dan kemudian diikuti oleh “keyakinan akan perkara-perkara yang tidak dilihat” yang diteladani oleh ketaatan dan ketekunan kita sebagai ungkapan iman kita. Tuhan tidak hanya menjanjikan kehidupan kepada kita tetapi juga kehidupan yang berkelimpahan. Kehidupan berkelimpahan ini pada asasnya berkait rapat dengan iman yang kita pegang kepada Tuhan.


Iman kita seharusnya tidak kaku pada tingkat yang sekadar “percaya kepada Tuhan” tetapi harus maju untuk “percaya bahawa Tuhan memberi ganjaran kepada sesiapa yang mencari Dia.” Paulus mengatakan, “Yesus adalah ‘ya’ bagi semua janji Allah.” (2 Korintus 1:20) Sudahkah kamu mencari Tuhan? Adakah kamu yakin bahawa janji-janji-Nya akan digenapi? Sejauh manakah nilai yang kamu letakkan bagi janji-janji Tuhan? Wira-wira iman telah menjalani kehidupan yang luar biasa, mereka dengan teguh percaya bahawa Tuhan tidak akan gagal memberikan ganjaran kepada mereka.


Hari ini, Tuhan masih mencari bejana-bejana yang boleh Dia gunakan. Dia menginginkan untuk campur tangan dalam kehidupan kita, supaya janji-janji-Nya dinyatakan dalam kita ketika Dia melaksanakan pekerjaan-Nya yang indah. Orang-orang yang rohani sangat diperlukan segera untuk menjalankan kuasa Tuhan yang berpengaruh pada masa yang genting ini. Adakah kamu sudi untuk mempercayakan pemilikan kehidupan kamu kepada Tuhan dan menjadi bejana iman bagi generasi ini?


Doa:

  • Tuhan, kurniakanlah kami iman yang melampaui batas tembok pemahaman kami. Kami percaya kepada Tuhan dan kami juga percaya bahawa Engkau memberi ganjaran kepada orang yang mencari Engkau. Mampukan kami untuk bertekun dalam iman dan untuk menyenangkan Engkau sampai pada hari kami berdiri dengan penuh kebanggaan di alam syurgawi bersama dengan wira-wira iman, menerima hal-hal yang lebih baik yang tersedia bagi kami (lihat ayat 40). Dalam nama Yesus, Amin.

  • Berdoa agar Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri berjaya menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelabur, mengekalkan pelaburan sedia ada serta menarik syarikat asing yang berkualiti dan bernilai tinggi.

  • Berdoa agar kita, sebagai Gereja, menjadi pelabur yang baik semasa kita menjalankan perniagaan untuk Kerajaan Tuhan di bumi, dan kita akan tahu di mana untuk menabur dengan murah hati dan di mana untuk menuai hasil. Berdoalah agar setiap gereja akan mengalami pertumbuhan dan penggandaan di mana mereka telah melabur.


Pr Grace Lee

Comments


bottom of page