Lukas 11: 1-12 (AVB)
1 Yesus berdoa di suatu tempat dan setelah Dia berhenti, seorang daripada murid-Nya berkata, "Tuhan, ajarlah kami berdoa seperti Yohanes mengajar murid-muridnya."
2 Yesus berkata kepada mereka, "Apabila kamu berdoa, katakanlah:
'Ya Bapa, Sucilah Nama-Mu;
Datanglah kerajaan-Mu;
3 Berilah kami makanan setiap hari;
4 Ampunkanlah dosa-dosa kami,
sebagaimana kami mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami;
janganlah biarkan kami tergoda.' "
5 Yesus meneruskan kata-Nya, "Siapakah antara kamu yang akan pergi kepada sahabatnya pada lewat malam lalu berkata kepadanya, 'Hai sahabat, pinjamilah aku tiga buku roti 6 kerana seorang sahabatku telah singgah di rumahku dalam perjalanannya dan aku tiada makanan apa-apa untuk dihidangkan.' 7 Sahabat itu menjawab dari dalam rumahnya, 'Janganlah ganggu aku kerana pintu sudah dikunci dan kami semua telah pun masuk tidur. Aku tidak dapat bangun dan memberikan apa-apa.' " 8 Yesus berkata, "Aku berkata kepadamu bahawa sungguhpun, dia tidak mahu bangun memberikan pinjaman itu kepadamu kerana kamu sahabatnya, tetapi dia akan bangun juga dan memberikan pinjaman seberapa banyak yang kamu perlukan kalau kamu tidak segan untuk terus meminta daripadanya. 9 Oleh itu, Aku berkata kepadamu: Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu. 10 Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya. 11 Bapa yang manakah antara kamu akan memberikan ular kepada anaknya yang meminta ikan, 12a tau memberikan kala jengking kalau dipintanya telur? 13 Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta daripada-Nya!"
Doa atau prayer adalah tabiat yang paling penting di dalam hidup kita.
Markus 1:35 Keesokannya, pada waktu subuh, Yesus bangun lalu pergi ke luar kota ke suatu tempat yang sunyi untuk berdoa.
Amsal 3:5-6 (AVB) 5 Percayalah kepada Tuhan dengan sepenuh hatimu dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri. 6 Ingatlah Dia dalam segala jalanmu, maka Dia akan meluruskan jalanmu.
Di dalam Lukas 11, murid-murid Yesus melihat Yesus berdoa di suatu tempat dan setelah Dia berhenti, seorang daripada murid Yesus meminta supaya Yesus mengajar mereka berdoa ..
Mereka melihat sesuatu yang sangat berlainan daripada ritual doa, yang mereka tahu, pada masa itu.
Yesus berdoa secara peribadi dengan penuh keintiman.
A prayer that is personal.
Dan menyatakan bahawa Tuhan adalah sebagai Bapa yang di syurga.
Nah saudara-saudari di dikasihi sekalian, di dalam dunia kita yang sekarang ini, yang penuh dengan godaan, cubaan, tekanan, cabaran dan kedosaan,
Kita tidak boleh hidup di dalam kesucian, tanpa doa.
Mengapa? Kerana kehidupan yang berasaskan tabitat doa, akan membolehkan kita sentiasa “connected” dengan Tuhan.
Kita akan sentiasa berhubung dengan Tuhan
Kita akan sensitif kepada kehendak Tuhan di dalam hidup kita.
Kita akan peka kepada pelan dan rancangan Tuhan di dalam hidup kita.
Ini adalah Tabiat yang paling penting untuk kita hidup suci.
Jikalau kita mahu hidup suci, kita harus mempunyai kehidupan yang sentiasa berdoa.
Bukan ritual, tetapi perhubungan yang intim dengan Bapa kita yang disyurga.
Kita lihat di dalam Markus 1:35 Keesokannya, pada waktu subuh, Yesus bangun lalu pergi ke luar kota ke suatu tempat yang sunyi untuk berdoa.
Di dalam ayat yang seterusnya, menyatakan bahawa Simon dan rakan-rakannya, pada waktu itu, mencari-cari Yesus.
Bukan sahaja, Simon dan rakan-rakannya, malahan semua orang mencari-cari Yesus.
Konteknya, teman-teman sekalian, ialah Yesus baru sahaja menyembuhkan ramai orang.
Pada mulanya, Yesus menyembuhkan ibu mertua Simon yang demam yang terbaring di tempat tidur.
Demam ibu mertua Simon hilang serta merta lalu, dengan tenaga yang baru, dia melayan Yesus dan murid-muridnya. Wow..
Dan apabila tiba waktu malam, semua orang sakit dan orang yang dirasuk roh iblis di bawa kepada Yesus.
Mereka semua berhimpun di hadapan pintu
Lalu Yesus menyembuhkan ramai orang daripada pelbagai penyakit.
Yesus juga menghalau roh-roh iblis dsb.
Keesokannya, seperti yang telah kita baca, pada waktu subuh, Yesus pergi ke tempat yang sunyi lalu berdoa.
Yesus tidak “celebrate” kejayaan pelayananya dengan murid-muridnya.
Dia tidak bermegah kepada kejayaannya.
Dia tidak mengatakan, wah, malam semalam saya sudah letih dan puas dengan ministry yang penuh mukjizat .. pagi ini, saya akan berehat.
Tetapi, dia meletakkan doa sebagai sesuatu yang paling penting di dalam pelayanannya.
Inilah corak kehidupan Yesus. Inilah tabiat yang harus kita semaikan ke dalam kehidupan kita. Tambah lagi, saudara-saudari, apabila kita berdoa, ini bermakna kita mempunyai iman dan kepercayaan kepada Allah. Jikalau kita tidak berdoa, maksudnya, kita tidak percaya kepadanya. Jikalau kita tidak percaya kepada Allah, kita tidak akan berdoa.
Amsal 3:5-6 5 Percayalah kepada Tuhan dengan sepenuh hatimu dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri. 6 Ingatlah Dia dalam segala jalanmu, maka Dia akan meluruskan jalanmu.
Dan apabila kita kita percaya kepada Tuhan, ia akan membina keintiman di dalam perhubungan kita dengan Tuhan.
Intim di dalam cara perhubungan, hati, emosi dan pemikiran.
Tuhan mendengar doa kita dan kita mendengar pesanan Tuhan.
Kita setia melakukan apa yang Tuhan katakan dan Tuhan akan membimbing kita.
Dan semua ini bermula dengan Doa.
Adakalanya, kita bimbang dan risau dengan perkara kehidupan kita.
Apakah kita akan mendapat penyakit Covid 19?
Apakah kita akan kehilangan pekerjaan?
Apakah yang akan berlaku kepada keluarga saya?
Apakah yang akan berlaku kepada masa hadapan saya?
Dan jikalau kita bimbang dan risau, Tuhan menyatakan bahawa itulah bahagian yang belum kita “surrender” atau serahkan kepada Tuhan.
Hari ini, Tuhan mahu mengingatkan kita untuk menyerahkan bahagian hidup kita yang membimbangkan kita, dan kita percaya bahawa dia akan memimpin dan mengendalikan bahagian tersebut.
Who we are is how we pray? Siapakah kita ialah bagaimana kita berdoa?
Inilah tabiat yang pertama yang saya cadangkan.
Iaitu tabiat doa dan apabila kita berbicara tentang doa, kita tidak boleh tidak berbicara tentang puasa.
Prayer and fasting comes hand in hand.
Doa dan puasa, adalah sentiasanya seiring.
Elder Ann WK
Comments