top of page

Doa Untuk Seni & Budaya


Ayat Firman Tuhan:

Imamat 26:1

1BJangan buat apa-apa berhala bagimu dan jangan juga kamu dirikan patung ukiran atau tiang berhala bagimu. Jangan tempatkan batu berukir di mana-mana pun di negerimu untuk kamu sujud menyembahnya kerana Akulah Tuhan, Allahmu.



 

Perkara Doa:

  1. Seni budaya yang berunsur penyembahan kepada roh dunia dikembalikan kepada Allah yang mencipta hikmat berseni.

  2. Penyelewengan budaya dan kesenian dipulihkan.

  3. Kesenian dan budaya yang bernilai penyembahan kepada Allah yang hidup akan semakin berfungsi di masyarakat umat Tuhan dan mempengaruhi generasi hari ini.


 

Doa:

Ya Tuhan yang menciptakan alam semesta, kami berterima kasih untuk ciptaan-Mu yang indah dan luarbiasa. Semua yang Engkau jadikan bertujuan baik bagi kami namum iblis telah merosakkan tujuan asal-Mu dalam ciptaan-Mu itu.


Ya Tuhan alam semesta, kami berdoa khusus bagi kesenian dan budaya ciptaan manusia dalam suku-suku dibangsa kami pulihkanlah sesuai dengan rencana-Mu yang sempurna agar semua bentuk kesenian dan budaya yang menjurus kepada penyembahan roh-roh dunia ini akan dikembalikan dan dibaharui oleh roh Allah yang Hidup. Biar kami dapat mengambil apa yang benar dan membuang apa yang tidak perlu diamalkan oleh suku bangsa kami.


Khusus bagi pemimpin-pemimpin suku bangsa dinegara ini diberikan kebijaksanaan dalam menentukan kesenian dan budaya yang tidak bertentangan dengan firman kebenaran-Mu Tuhan.


Sekali lagi Tuhan, kami mohon pulihkanlah citra diri semua suku-suku dibangsa ini. Apapun budaya kami biarlah semuanya menjurus sebagai penyembahan kepada Allah yang Hidup, dalam nama Yesus kami berdoa. Amen!


Pr Linda Misak



Comments


bottom of page