top of page

Emas yang Dimurnikan


Bacaan Alkitab: Mazmur 116-125 (Emas yang Dimurnikan Ruj Mazmur 119: 66, 119:75, Wahyu 3:18)


Dalam Wahyu 3:14, Yesus menasihati jemaat Laodikia kerana mereka suam-suam kuku. Suam-suam kuku dari pandangan Kristian, seperti yang Yesus katakan kepada kita dalam Wahyu 3:17, adalah apabila kita tidak menyedari keadaan rohani kita yang sebenar, dan kita berpuas hati dengan keadaan kita. Kita mengisytiharkan bahawa kita “kaya, cukup segala-galanya, dan tiada kekurangan apa-apa’ dan sebaliknya kita tidak tahu bahawa kita amat malang, sengsara, miskin, buta, dan telanjang.


Sekarang, dalam ayat 18, Yesus menawarkan nasihat-Nya kepada gereja yang suam-suam kuku - untuk membeli daripada-Nya, emas tulen yang dimurnikan dalam api. Ya, hanya Tuhan kita, yang merupakan api pemurni yang dapat menawarkan kepada kita emas yang telah dimurnikan dalam api. Membeli emas yang ditapis dalam api ini akan membuka mata kita untuk mengenali-Nya dengan lebih dekat dan jatuh cinta kepada-Nya.


Bagaimana kita membeli emas yang dimurnikan dalam api ini? Hanya dengan menjemput Dia ke dalam hati kamu. Yesus berkata dalam ayat 20, “Dengarlah! Aku berdiri di hadapan pintu sambil mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke rumahnya. Aku akan makan bersamanya dan dia bersama- Ku.”


Yesus tidak bercakap kepada orang yang tidak percaya, tetapi kepada orang Kristian yang suam-suam kuku yang menganggap mereka cukup segala-galanya secara rohani dan tidak memerlukan Dia. Bukalah pintu hati kamu dan izinkan Dia masuk hari ini.


Doa:

Tuhan Yesus, bukakanlah mata kami untuk melihat keadaan rohani kami supaya kami tidak membina keselamatan kami di atas asas yang palsu tetapi kukuh di atas Firman dan perintah-Mu. Nyalakan semula kami dalam nyalaan api-Mu untuk membolehkan kami kembali bersemangat untuk Mu. Amin.


Elder Lee Choong San, NECF



Comments


bottom of page