“Wahai Betlehem di Tanah Yehuda, engkau bukanlah yang terkecil antara pemimpin kota utama Yehuda, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.” (Matius 2:6 AVB)
Betlehem merupakan sebuah kota kecil dan kurang dikenali orang sebelum Yesus dilahirkan di situ. Namun begitu, setelah Yesus dilahirkan di kota Betlehem di Tanah Yehuda, kota Betlehem menjadi kota yang dikenali ramai di seluruh dunia.
Kelahiran Yesus di kota Betlehem telah mengubah status dan tanggapan orang terhadap kota yang dahulunya kurang dikenali. Sejarah kota itu berubah menjadi berharga dan terkenal. Semuanya bermula sejak kelahiran Yesus di kota Betlehem.
Ingatlah, sekiranya Yesus tidak dilahirkan di kota Betlehem, maka kota Betlehem bukanlah kota yang penting berbanding dengan semua kota yang lain.
Bagaimanapun, setelah Yesus dilahirkan di situ, maka segala-galanya berubah.
Tuhan memilih kota Betlehem sebagai tempat lahir Yesus bukan kerana kota itu lebih baik atau ternama, tetapi Dia memilih kota itu atas kesederhanaannya. Matius berkata, “Wahai Betlehem di Tanah Yehuda, engkau bukanlah yang terkecil antara pemimpin kota utama Yehuda, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel”
Demikian juga dengan diri kita pada hari ini. Apabila kita dilahirkan semula dan hidup tetap di dalam Tuhan Yesus, maka diri kita akan berubah dan menjadi sangat penting dalam kerajaan-Nya.
Doa:Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk membuka hatiku kepada-Mu. Pakailah hidupku sebagai alat-Mu demi memuliakan nama-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Commentaires