top of page

Engkau Mengabulkan Permintaan Umat-Mu




“…Ya TUHAN, Allah kami, Engkau mengabulkan permintaan umat-Mu; Engkau menunjukkan bahawa Engkau Allah yang suka mengampuni orang, walaupun Engkau menghukum mereka kerana dosa mereka...” Mazmur 99:8


Mazmur ini memperingatkan kita tentang keadaan dunia yang jauh daripada benar, adil dan damai berbanding dengan Tuhan. Oleh itu pemazmur ingin mengarahkan pengharapan umat Tuhan pada kedatangan penghakiman akhir Allah akan datang dan mendorong umat Tuhan untuk hidup di bawah bimbingan Tuhan.


Oleh itu pemazmur ingin memperingatkan umat Tuhan tentang “…siapakah yang berkuasa ke atas diri mereka, apaka raja manusia atau Tuhan, Sang Raja sejati?" dengan itu pemazmur ingin agar umat Tuhan tidak bergantung pada keadaan dan kehendak penguasa tetapi pada pertolongan dan bimbingan Tuhan.


Sebab Tuhan mendengar dan menjawab segala pemohonan mereka, bahkan mengampuni segala dosa-dosa mereka, tetapi membalas perbuatan-perbuatan mereka yang jahat dengan menghukum mereka atas perbuatan mereka yang jahat.


Dengan itu mereka harus memuji Dia sebagai TUHAN Allah mereka, dengan sujud dan menyembah Dia menghadap gunung-Nya yang kudus. Sebab Dia adalah Tuhan yang kudus dan suci. KekudusanNya menjelaskan kebesaranNya sebagai Tuhan yang mencintai hukum dan menegakkan keadilan.


Dengan itu, letakkanlah seluruh keperibadian kita sepenuhnya kepada Tuhan, untuk mendapat kekuatan, penghiburan dan kedamaian. Sebab didalamNya kita akan merasa aman dan damai, kerana Dia tahu apa yang baik bagi diri kita.


Datanglah kepada Tuhan dalam segala perkara, kerana Dia mendengar dan menjawab setiap permintaan kita.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu,dan membawa segala beban dalam hati saya kepadaMu, kerana Engkau Tuhan yang mendengar dan tahu bagaimana menolong diri saya. Ampunilah saya dan kuatkan iman saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page