𝐿𝑢𝑘𝑎𝑠 23:43 (𝐴𝑉𝐵) 𝑌𝑒𝑠𝑢𝑠 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑤𝑎𝑏, “𝑆𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝐴𝑘𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑘𝑎𝑡𝑎 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎𝑚𝑢, 𝑝𝑎𝑑𝑎 ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑖𝑛𝑖 𝑗𝑢𝑔𝑎 𝑒𝑛𝑔𝑘𝑎𝑢 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎-𝐾𝑢 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝐹𝑖𝑟𝑑𝑎𝑢𝑠.”
Dalam sebuah khutbah Pendeta Wang Ming-Dao, dia pernah berkata "Ini ialah kata-kata Allah! Allah maha kuasa, tidak pernah tipu, dan ialah Seorang Tuhan! Kamu masih berani tidak yakin pada Dia malah pandai-pandai rendah diri dengan berkata kamu tidak pasti sama ada kamu akan masuk syurga atau tidak selepas mati?? Kamu sombong dengan Allah!" Dia sedang berkhutbah mengenai Lukas 23:43.
Memang benar kata-kata Pendeta Wang. Perkataan "Aku" berisi autoriti tertinggi. Allah sendiri yang tuturkan kata-kata sedemikian. Siapa yang berani lawan kata Allah? Siapa yang berani mempersoalkan Allah? Kata-kata Allah sungguh berkuasa, sehingga dunia diciptakan, Laut Merah dibelah dua, dan Laut Galilea ditenangkan, maka ada apa lagi yang dapat memisahkan kasih Allah daripada kita setelah Dia kata bahawa kita akan di Firdaus?
"Pada hari ini juga" bukan besok, bukan nanti, bukan masa akan datang, tetapi hari ini, saat ini, sekarang juga, kita akan bersama Dia Yang Berkuasa di Firdaus. Allah sungguh berkuasa, sehingga perintah-Nya berkuat-kuasa serta merta, biarpun dalam keadaan kesakitan di atas kayu salib! Allah yang berkata demikian, siapakah kita yang ingin kata sebaliknya?
"Bersama-Ku"... Dalam bahasa asal, perkataan "Firdaus" bermaksud "taman sukacita, selesa dan kebahagiaan" (pleasure garden or park). Taman itu bersukacita, selesa dan bahagia, bukan sebab semata-mata taman itu cantik, bersih, teratur, selesa, dan aman, tetapi disebabkan Yesus di sana.
Firdaus hanya akan jadi Firdaus ketika Yesus di sana. Dialah sumber sukacita, sumber kebahagiaan, Raja Damai, Maha Kasih, Juruselamat, Roti Syurga, Air yang Menyegarkan wanita Samaria. Dialah segala-galanya kepada kita.
Dia janji untuk bawa kita ke Firdaus, Dia sediakan Firdaus, Dia sendiri bawa kita ke Firdaus, dan Dia hidup dengan kita di Firdaus. Seorang Allah, ingin menjalinkan hubungan erat dengan manusia berdosa. Sungguh indah dan mulia sekali!
Saudara saudari sekalian, Dia yang ungkap kata-kata itu, adakah kamu masih berani tidak yakin dengan Dia?
Sumber : Facebook Pr Edmund Kumar
Comentários