“.. Firman itu telah menjadi daging dan tinggal di antara kita. Kita telah melihat kemuliaan-Nya, yaitu kemuliaan Anak Tunggal Bapa, penuh dengan anugerah dan kebenaran.....” Yohanes 1:14
Penulis Injil Yohanes memulaikan pemberitaannya dengan berkata bahawa “..Firman..” itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah. Firman itu telah bersama-sama dengan Allah sejak semula. Segala sesuatu diciptakan melalui Dia. Segala sesuatu dijadikan oleh Dia. Tanpa Dia, maka tidak ada sesuatu pun yang diciptakan.
Di dalam Firman itu ada hidup. Hidup itu membawa terang kepada manusia. Terang itu bercahaya di dalam kegelapan. Kegelapan tidak menguasai terang itu. Firman itu adalah Yesus Kristus.
Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal bersama-sama dengan kita. Kita sudah melihat kemuliaan-Nya, iaitu kemuliaan sebagai Anak satu-satunya dari Bapa keagungan-Nya. Melalui Dia kita mengenal semua kebaikan hati Allah kepada kita melalui Firman, dan Dia sangat layak untuk dipercaya.
Firman yang merujuk kepada Yesus yang telah menjadi manusia dan tinggal bersama-sama kita. Hal ini berkata kepada kita bahwa Yesus adalah seorang manusia yang sepenuhnya. Oleh itu hal ini berkata kepada kita bahawa Allah berkenan berbicara kepada kita melalui manusia seperti kita sendiri.
Dia adalah Tuhan yang dekat dengan kita dan diam diantara kita dan bersama-sama dengan kita.oleh itu Yohanes ingin berkata kepada kita tentang sifat peribadi Tuhan yang kita percaya melalui Yesus, yang datang didalam bentuk seorang manusia. Walaupun Dia adalah seorang yang besar, namun Dia tetap menjadi seorang manusia, seorang anak manusia.
Dia hadir ke dunia ini oleh kerana diutus oleh Allah, Dia seorang pembawa pesan daripada Allah bagi kita. Allah memberikan Dia tugas untuk menyampaikan pesan Allah bagi dunia ini, pesan tentang rencana keselamatan manusia daripada akibat dosa.
Oleh kerana Yesus datang ke dunia sebagai manusia maka kita dapat tahu bahawa Tuhan yang kita sembah itu adalah Tuhan yang dekat dengan kita, bergaul akrab dengan kita dan hidup akrab dengan dengan kita. Hal ini berkata kepada kita bahawa Tuhan kita itu bukanlah Tuhan yang jauh tetapi Tuhan yang dekat dengan kita.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, berterima kasih kepadaMu kerana Engkau Tuhan yang dekat kepada saya, Tuhan yang sentiasa mendengar dan berkata kepada saya. Dengan itu ajar saya untuk berkata kepadaMu dan bergaul denganMu sentiasa. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
コメント