top of page

Gideon Meminta Bukti Daripada Tuhan



Teks

Hakim-Hakim 6:36-40 (BM)

Kemudian Gideon berkata kepada Allah, "Engkau telah berfirman bahawa Engkau akan menggunakan aku untuk membebaskan umat Israel. Sekarang aku meletakkan guntingan bulu domba ini di atas tanah tempat kami mengirik gandum. Jika esok pagi embun hanya terdapat pada guntingan bulu domba ini dan tidak terdapat di atas tanah, maka itulah buktinya bahawa sesungguhnya Engkau mahu menggunakan aku untuk membebaskan umat Israel." Esok paginya, perkara itu benar-benar terjadi. Apabila Gideon bangun pagi-pagi, dia memeras guntingan bulu domba itu dan mendapat air embun sebanyak satu cawan. Kemudian Gideon berkata kepada Allah, "Janganlah murka kepadaku; benarkanlah aku berkata satu kali lagi. Benarkanlah aku membuat satu ujian lagi dengan guntingan bulu itu. Kali ini biarlah guntingan bulu domba itu kering, tetapi tanah basah." Pada malam itu Allah mengabulkan permintaan Gideon. Esok paginya guntingan bulu domba itu kering, tetapi tanah dibasahi embun.


Pengajaran/Refleksi

Sebagai bukti Tuhan mahu memakai Gideon untuk membebaskan umat Tuhan:

1. Jika esok pagi embun hanya terdapat pada guntingan bulu domba itu dan tidak terdapat di atas tanah. Hal itu betul terjadi begitu.

2. Tanda kedua yang diminta Gideon dari Tuhan adalah, "Kali ini biarlah guntingan bulu domba itu kering, tetapi tanah basah." Pada malam itu Allah mengabulkan permintaan Gideon.


Saudara dalam Yesus Kristus, Tuhan Yesus telah memeteraikan kita dengan darah-Nya yang kudus dan memenuhi kita dengan Roh Kudus-Nya, sebagai bukti bahawa kita adalah anak-anak-Nya. Itulah buktinya Tuhan mahu memakai kita melakukan kehendak-Nya, seperti Gideon yang membebaskan umat-Nya daripada musuh.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Pakailah hidup kami untuk melakukan pekerjaan-Mu di bumi ini. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Beri kepada setiap kami kesejahteraan dan damai sukacita-Mu dalam kehidupan kami. Dalam nama Yesus. Haleluyah dan Amen.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page