“…Gunakanlah kata-kata bijak yang tidak dapat dicela orang, supaya musuhmu malu kerana tidak dapat mengecam kita...” Titus 2:8
Paulus mengajar Titus bagaimana dia melayani atau mengajar golongan-golongan tertentu semasa dia melayani jemaah Kreta. Dia harus bijak menggunakan kata-katanya sewaktu mengajar, menasihat, atau menegur golongan-golongan tersebut agar pada suatu hari nanti, tidak ada orang yang akan mencela dan mempermalukan dirinya.
Oleh itu, Titus haruslah bijak dalam menggunakan kata-katanya sewaktu mengajar dan melayani, kerana dengan berbuat demikian, dia dapat menyelamatkan dirinya daripada dipermalukan oleh orang-orang yang tidak menyukainya.
Marilah kita berfikir dengan sedalam-dalamnya sebelum kita mengeluarkan kata-kata sewaktu mengajar dan menegur. Dengan bertindak demikian, kita dapat menyelamatkan diri kita daripada dipermalukan dan dicela.
“…Berfikir dahulu, sebelum berkata…”
Doa:
Bapa yang di surga, saya datang kepada-Mu, memohon hikmat dan bimbingan-Mu. Ajar saya untuk berfikir sebelum saya berkata-kata. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Amin 🙏🏼 Allah Tuhan memberkati