top of page

Hadapi Segala-galanya Dalam Yesus

 

" Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan." Filipi 4:13 AVB

 

Semasa Paulus melayani Tuhan, dia tidak pernah bergantung pada sesiapa untuk memenuhi keperluan hidupnya. Sebaliknya, dia bersandar sepenuhnya pada Tuhan Yesus untuk membekalkan segala keperluannya ketika memberitakan Injil.

 

Paulus berpegang teguh pada campur tangan Tuhan Yesus dalam pelayanannya. Walaupun dia sebenarnya berhak menerima bantuan daripada jemaah Filipi, dia memilih untuk tidak membebankan sesiapa pun semasa melaksanakan tugas pelayanannya.

 

Oleh itu, Paulus dengan penuh keyakinan berkata: "Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan."

 

Pengalaman Paulus mendapat pertolongan Tuhan secara peribadi mendorongnya untuk menyatakan dengan penuh kepastian bahawa segala perkara dapat diatasi melalui Yesus Kristus yang memberinya kekuatan.

 

Bagaimanakah hidup anda pada hari ini? Apakah anda bersandar sepenuhnya pada Tuhan Yesus untuk memenuhi segala keperluan anda setiap hari? Paulus berani berkata bahawa dalam segala kesusahan dia mampu bertahan dan mengatasi apa jua cabaran kerana Yesus Kristus ada di dalam dirinya.

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku datang memohon agar Engkau memberi aku kekuatan untuk bersandar sepenuhnya pada-Mu. Ajarlah aku untuk mentaati dan mengasihi-Mu seumur hidupku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Commentaires


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page