Kita mulakan dengan siri yang baru, yang saya tajukkan “7 Prinsip Kewangan”, dan semua ini adalah berdasarkan dengan apa yang tertulis di dalam Firman Tuhan.
Hidup kita di dunia adalah sementara, destini hidup kita adalah kepada hidup yang berkekalan dengan Tuhan.
Tetapi, sementara kita di dunia, Tuhan telah memberikan kita prinsip-prinsip kewangan. Dan jikalau kita praktikan ke dalam kehidupan kita, saya yakin, kita akan hidup dengan kemenangan di dalam kewangan kita.
Tidak kira samada kita seorang pelajar, seorang suri rumah tangga,
seorang pekerja, seorang businessman, seorang pembantu rumah atau seorang pelayan Tuhan sepenuh masa, Tuhan mahu kita membina dasar kewangan yang kukuh di dalam kehidupan kita, melalui “spiritual law of finances”. “undang-undang rohani kewangan”.
Tahukah saudara-saudari, Yesus berbicara lebih tentang hal-hal kewangan daripada tentang syurga dan neraka. Yesus juga menceritakan lebih banyak perumpamaan atau ibarat tentang wang daripada subjek-subjek yang lain.
Mari kita sama-sama pelajari, prinsip yang pertama ini iaitu
Prinsip Hak Milik.
Roma 11:36 (AVB) Segala-galanya daripada Dia, melalui Dia dan kepada Dia. Bagi Allah kemuliaan selama-lamanya.
Mazmur 24:1 (AVB) Bumi ini milik Tuhan dengan segala yang di dalamnya, dunia dan semua penghuninya;
Hagai 2:8 (AVB) Perak itu milik-Ku dan emas itu milik-Ku, demikianlah firman Tuhan alam semesta.
Inilah prinsip hak-milik. Semuanya yang kita ada adalah milik Tuhan dan kita hanyalah pengurus yang telah Tuhan percayakan kepada kita.
Semuanya yang kita ada adalah milik Tuhan dan kita hanyalah pengurus yang telah Tuhan percayakan kepada kita.
Ini penting. Pola pemikiran ini radikal sekali. Jikalau kita tahu bahawa hakmilik yang kita ada adalah kepunyaan Allah. Segala yang lain akan menyusul dengan teratur. Segala keputusan kita akan bergantung kepada kebenaran ini, iaitu, hak-milik yang kita ada adalah Tuhan yang punya.
Bagaimana kita menguruskan wang yang dipercayakan Tuhan kepada kita, akan menentukan samada Tuhan akan memberikan kita kepercayaan yang lebih.
Jikalau kita mahu menjadi pengikut Yesus yang benar, kita harus memindahkan hak milik harta kita kepada Tuhan.
Lukas 14:33 (AVB) Begitu juga sesiapa antara kamu yang tidak meninggalkan segala miliknya, tidak boleh menjadi murid-Ku.
Apabila kita menyatakan segala yang kita ada adalah milik Tuhan, oleh itu segala keputusan pembelanjaan wang adalah keputusan spiritual. – iaitu, keputusan rohani.
Maksudnya, kita tidak lagi bertanya kepada Tuhan,
“Tuhan, apakah yang harus saya lakukan dengan duit saya”
Tetapi, kita akan berkata,
“Tuhan apakah yang harus saya lakukan dengan duit Tuhan !”
Jadi, jikalau kita mempunyai kefahaman ini, pembelanjaan dan penyimpanan wang adalah keputusan rohani.
Maksudnya, setiap kali kita membeli segala sesuatu - makanan, kereta, rumah, pakaian, shopping dsb.
Semua itu, adalah keputusan rohani yang harus kita berhati-hati sebagai pengurus yang baik, Sama tarafnya dengan pemberian kepada organisasi misi dan persepuluhan yang kita berikan kepada Tuhan ! Tanggung-jawab kita adalah untuk menguruskan wang yang diberikan dengan baik.
Tetapi keputusan yang paling bijak, ialah menyerahkan diri kita kepada Yesus Kristus yang memberikan kita kehidupan kekal. Ini berkenaan dengan hidup kita di akhirat satu hari nanti. Kita adalah milik Tuhan dan keselamatan adalah melalui Yesus Kristus.
Elder Ann Wan Kuan
Comments