1 Samuel 1:26-28 (BM)
Hana berkata kepada Eli, "Tuan, masih ingatkah tuan akan saya? Sayalah perempuan yang tuan nampak berdiri di sini dahulu, yang berdoa kepada TUHAN. Saya minta anak ini daripada TUHAN, dan Dia sudah mengabulkan permintaan saya. Oleh itu saya menyerahkan anak ini kepada TUHAN. Anak ini akan menjadi milik TUHAN seumur hidupnya." Selepas itu mereka beribadat kepada TUHAN di situ.
Pengajaran/Refleksi
Oleh kerana TUHAN telah mengabulkan doa Hana, iaitu ketika dia meminta anak daripada TUHAN, TUHAN menjawab doanya. Maka dengan itu, dia menyerahkan anaknya yang bernama Samuel kepada TUHAN seperti janji yang disebutnya kepada TUHAN. Anak itu akan menjadi milik TUHAN seumur hidupnya.
Apakah saudara-i telah melakukan sesuatu yang telah saudara janjikan? Jika belum, lakukanlah sekarang. TUHAN pasti memberkati apa yang kita lakukan dengan sepenuhnya.
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin!
Rev. Ali Langgit
Commentaires