top of page

Hanya Engkau yang Aku Miliki


“...Ya TUHAN, hanya Engkau yang aku miliki, Engkau memberi aku segala keperluanku; nyawaku ada di dalam tangan-Mu... Mazmur 16:5


Pemazmur dengan bangganya menyatakan tentang keyakinan yang dia miliki didalam Tuhan dia berkata “…TUHAN, sahaja yang dia miliki; Dia seluruh kebanggaannya serta kepuasannya hanya ada di dalam Allah, sebab Dia memberikan segala yang dia perlukan.


Dengan itu dia menyerahkan seluruh nasib hidupnya ke dalam tangan Tuhan, sebab hal ini merupakan sukacita bagi dirinya. Dia memilih Tuhan sebagai bahagian dan sukacita hidupnya kerana didalamNya dia menemui kepuasan bagi hidupnya.


Ingat orang yang tidak menjadikan Tuhan memilik hidupnya secara peribadi akan menyebabkan dirinya kehilangan perkara yang kekal. Sebab memiliki Allah sebagai bahagian dan sukacitanya akan menyebabkan dirinya dalam jagaan Tuhan.


Oleh itu apakah anda memilih Tuhan sebagai bahagian warisan hidup anda hari ini? Mengapa anda tidak berbuat demikian untuk diri anda? apakah anda takut untuk mempertaruhkan masa depan hidup dan harapan anda di dunia ini.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memujiMu kerana dalam Engkau hati saya tenang dan aman, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr. Patrick Taie

Comments


bottom of page