top of page

Hanya Tuhan Yang Boleh Menghilangkan Tekanan Di Marketplace.


“Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang jerih lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberimu kelegaan. Ambillah kuk daripada-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamu akan tenang. Sebab kuk-Ku serba mudah, dan beban-Ku pun ringan." (‭‭Matius‬ ‭11‬:‭28‬-‭30‬ ‭AVB‬)


Apabila kita berhadapan dengan tekanan di tempat pekerjaan (stress at work), apakah yang kita lakukan untuk menghilangkannya ? Apabila kita letih dan terbeban, apakah yang kita lakukan untuk de-stress? Mungkin ada yang menonton movie atau keluar makan atau sukan yang membantu kita berehat dan membuang tekanan. 


Semua yang di atas tidak salah, tetapi semua itu juga todak boleh menghilangkan tekanan secara 100%. Kita boleh tidur, dan merehatkan badan kita, tetapi kita tidak akan mendapat rehat dengan roh kita. 


Hanya satu yang boleh merehatkan roh kita - Tuhan. Hanya Dia yang boleh memberikan kita kedamaian dalaman yang akan menghilangkan tekanan kita 100%. 


Yesus mengatakan, “Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang jerih lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberimu kelegaan” (Matius 11:28)


Dia tidak mengatakan pergilah ke gereja. Dia tidak mengatakan pergilah ke kelompok sel. Dia tidak mengatakan pergilah ke kelas pemuridan. Apabila kita mengalami tekanan, hanya seorang sahaja yang memahami bagaimana untuk merehatkan jiwa kita. Di dalam situasi ini, kita memerlukan masa bersama dengan Tuhan. 


Yesus mengatakan ambilah Kuk ku. Konteksnya di dalam ayat ini ialah pekerjaan. Kuk untuk 2 ekor lembu adalah untuk membajak tanah. Adalah untuk bekerja. Dan apabila kita letih di dalam pekerjaan kita, Tuhan akan memikul beban kita. 


Jadi, jikalau Tuhan yang kita perlukan, mengapa tidak untuk kota meluangkan masa bersama dengan Tuhan setiap hari ? Tuhan menantikan untuk kita melakukan yang tersebut. Mari kita sama-sama cari kelegaan Tuhan. 


“Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu.” (‭‭Matius‬ ‭6‬:‭6‬ ‭AVB‬‬)


Jikalau kita jarang meluangkan masa bersama dengan Tuhan, Yesus mencadangkan kita untuk mencari tempat yang sunyi dan masa yang tetap. Fokus kita akan berpindah daripada kita kepada Tuhan


Kesimpulannya saudara, sebelum kita memulakan pekerjaan kita setiap hari, marilah kita mulakan dengan Postur bekerja bersama dengan Tuhan. Dia yang memikul beban kita. Dia yang mengajar kita. Dan jikalau kita lakukan ini, kita akan dapati, satu perbezaan yang luar biasa di tempat pekerjaan kita. Mari kita “the unforced rhythm of God’s Grace”. Mari kita belajar “Rentak Kasih Kurnia Tuhan di dalam hidup kita”. Mari kita cuba mulai lakukan ini. Amen. 

1 Comment


Gets sn

Like
bottom of page