top of page

1: Yesus Berdoa di Getsemani


Markus 14:27-42



Tonton Video Alkitab Lumo-AVB.

Markus 14:27-31 Petrus akan menyangkal Yesus


Markus 14:27-31 (AVB) 27 Lalu Yesus berkata kepada mereka, "Malam ini, kamu semua akan goyah kerana-Ku, seperti yang telah tersurat: 'Aku akan merebahkan Gembala, dan kawanan domba akan bertempiaran.' " 28 "Tetapi setelah Aku dibangkitkan semula, Aku akan mendahului kamu ke Galilea." 29 Petrus berkata kepada-Nya, "Kalaupun semua yang lain goyah, aku tidak akan goyah." 30 Yesus berkata kepadanya, "Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, pada malam ini sebelum ayam berkokok dua kali, kamu akan menyangkal-Ku tiga kali." 31 Tetapi Petrus berkata dengan lebih tegas lagi, "Kalaupun aku terpaksa mati bersama-Mu, aku tidak akan menyangkal-Mu." Semua yang lain pun berkata demikian.


Markus 14:32-42 Yesus Di Getsemani


Markus 14:32-46 (AVB) 32 Mereka sampai di suatu tempat yang dinamakan Getsemani. Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, "Duduklah di sini sementara Aku berdoa." 33 Dia membawa Petrus, Yakobus dan Yohanes bersama-Nya, dan Dia mula berasa gundah dan resah. 34 Dia berkata kepada mereka, "Jiwa-Ku sungguh dukacita, bagaikan mati. Duduklah di sini, dan berjagalah." 35 Dia pergi jauh sedikit lagi, lalu merebahkan diri ke tanah, dan berdoa kalau dapat, saat itu diedarkan daripada-Nya. 36 Kata-Nya, "Abba, Bapa, segala-galanya dapat Kau lakukan. Edarkanlah cawan ini daripada-Ku. Namun demikian, bukanlah kehendak-Ku tetapi kehendak-Mu yang terlaksana." 37 Kemudian Dia kembali kepada murid-murid-Nya dan mendapati mereka tertidur, lalu Dia berkata kepada Petrus, "Simon, kamu tidurkah? Satu jam pun kamu tidak dapat berjaga? 38 Berjaga dan berdoalah, takut nanti kamu tergoda. Memang rohani rela, tetapi jasmani lemah." 39 Dia pergi berdoa lagi, dengan kata-kata yang sama. 40 Apabila Dia kembali, didapati-Nya mereka telah tertidur lagi, kerana mata mereka amat mengantuk. Mereka tidak tahu apa yang hendak dijawab kepada-Nya. 41 Setelah Dia datang kepada mereka bagi kali ketiga, Dia berkata, "Adakah kamu masih tidur dan berehat? Cukuplah! Waktunya sudah tiba. Lihat, Anak Manusia sedang dikhianati dan diserahkan ke tangan orang berdosa. 42 Bangunlah! Mari kita pergi! Lihat, pengkhianat-Ku sudah tiba!"




Yesus berdoa di Bukit Zaitun supaya Bapa menjauhkan cawan penderitaan daripadaNya - maksudnya, kematianNya di atas salib. Ini menunjukkan kemanusiaan Yesus Kristus (Lukas 22:39-46).


Bayangkan, bertapa besarnya beban Yesus apabila Dia tahu bahawa Dia harus mengambil tempat kita, di atas salib. Dia berdoa, jikalau Bapa berkenan, untuk supaya dia tidak berhadapan dengan cawan penderitaaan. Di dalam kesengsaraanNya, Yesus berdoa, peluhNya seperti darah menitik ke tanah.


Yesus menyatakan, walaubagaimanapun, biarlah kehendak Bapa yang terlaksana dan bukan kehendakNya. Akan tiba masanya, di dalam kehidupan kita, di mana kita harus memilih untuk melakukan kehendak Tuhan atau kehendak diri kita. Ini adalah untuk menunjukkan tahap komitmen dan ketaatan kita kepada Tuhan, dan juga kondisi hati kita yang sebenarnya.





Kita renungkan hari ini, apabila kita berhadapan dengan kesengsaraan, kesakitan dan cabaran, Yesus telah mengajar kita 3 perkara.


#1: Kita Mengingatkan Diri Dengan Kuasa Tuhan

Yesus menyatakan, “Abba, Bapa, segala-galanya dapat Kau lakukan.” Dia tahu bahawa Tuhan dapat melakukan segala-galanya, dalam setiap situasi. Tuhan adalah berkuasa atas segala-galanya.Tuhan mahu mengingatkan kita hari ini, supaya, pertama kalinya, menyakinkan diri kita dengan kuasa Tuhan.


#2: Minta Dengan Passion

Yesus merebahkan diri ke tanah, dan berdoa kalau dapat, saat itu diedarkan daripada-Nya. Yesus berdoa di sana supaya Bapa menjauhkan cawan penderitaan daripadaNya - maksudnya, kematianNya di atas salib. Ini menunjukkan kemanusiaan Yesus Kristus (Lukas 22:39-46).


#3: Menerima Rancangan Tuhan

Yesus menyatakan walaupun Dia tidak mahu menghadapi kesengsaraan, Dia juga menyatakan walau bagaimanapun, biarlah kehendak Tuhan yang terlaksana. Kita minta supaya Tuhan melaksanakan kehendaknya di dalam kehidupan kita - rancangan Tuhan, tujuan Tuhan and perspektif Tuhan, walaupun kita harus menghadapi kesengsaraan.


Renungan

  1. Mengapa pentingnya untuk kita memulakan doa dengan mengingatkan diri tentang kuasa Tuhan. (Affirm God’s Power)

  2. Bagaimana kita boleh berdoa dengan passion?

  3. Apakah keadaan situasi sekarang, dimana kita harus membuat pilihan?


Doa

Tuhan hari ini, saya merendahkan diri di hadapan Tuhan untuk Tuhan memberikan kami perspektif Tuhan, menyatakan rancangan Tuhan dan menunjukkan tujuan Tuhan untuk hidup saya. Ada kalanya kami berhadapan dengan pilihan untuk menyenangkan hati Tuhan dan taat dengan panggilan Tuhan atau mengikut isi hati kami sendiri. Biarlah hamba mu, sentiasa intim dengan Tuhan dan mengikut jejak langkah Yesus. Kami doakan semua ini di dalam nama Yesus Kristus. Amen.


Elder AWK

Comments


bottom of page