top of page

Hari 16: Hiduplah Dengan Berhati-Hati

Tema: Menebus Masa (Efesus 5:15-17)


Sebab itu, perhatikanlah baik-baik cara hidupmu. Jangan hidup seperti orang-orang bodoh; hiduplah seperti orang- orang bijak. Gunakanlah sebaik-baiknya setiap kesempatan yang ada padamu, karena masa ini adalah masa yang jahat. Jangan bodoh, tetapi selidikilah apa yang dikehendaki Tuhan. (Efesus 5:15-17)


“Perhatikanlah baik-baik cara hidupmu” adalah amaran kerana hidup ini penuh dengan godaan dan cabaran. Paulus memberi amaran ini supaya kita berhati-hati menjalani hidup dengan memberi perhatian penuh kepada setiap langkah dan keputusan yang diambil.


Hidup ini umpama satu perjalanan. Setiap langkah akan menentukan arah tuju dan masa depan kita. Itu sebabnya Paulus di sini memberi amaran tegas supaya kita benar- benar memperhatikan setiap langkah hidup kita. Kita harus berdoa dan pertimbangkan setiap perkara seperti baik atau buruknya sebelum mengambil keputusan. Elakkan membuat keputusan untuk sesuatu perkara yang tujuannya tidak jelas, meragukan atau samar-samar. Fikirkan akibat baik-buruk terutamanya dalam memilih kawan, pasangan hidup, dan kerjaya. Pada masa yang sama kita juga perlu berhati-hati memilih apa yang kita lihat, tonton, baca dan dengar di media sosial atau media masa seperti tv, filem, drama, lagu dan musik.


Marilah kita mengambil serius amaran Paulus ini untuk hidup berhati-hati kerana salah langkah akan mengundang padah.


Bagaimanakah dengan hidup anda hari ini? Marilah kita hidup dengan berhati-hati supaya hidup anda berpadanan dengan panggilan Allah (Efesus 4:1)


DOA HARI INI:

  • Ya, Tuhan berikan kami kemampuan untuk hidup dengan berhati-hati iaitu hidup yang berpadanan dengan panggilan Allah. Ampuni kami kerana selalu melakukan kesilapan dan tidak berhati-hati dalam membuat keputusan. Kami mohon Roh Kudus membantu dalam setiap kelemahan dan kelalaian kami dalam memperhatikan hidup ini. Dalam Nama Tuhan Yesus. Amen

  • Berdoalah agar setiap gereja tempatan memiliki tim kepimpinan yang kuat yang berwawasan, setia, bersatu, dan diberkati dengan gabungan yang baik di antara karunia dan kebolehan untuk saling melengkapi sehingga anggota mereka dibangunkan secara alkitabiah dan dilengkapi untuk pekerjaan yang baik

  • Berdoalah agar pihak berkuasa yang berkaitan dapat mencari jalan dan kaedah untuk meningkatkan kadar sara diri makanan (dengan mengambil kira isu seperti perubahan iklim), mengurangkan keperluan untuk makanan import, dan menyelesaikan masalah kekurangan buruh dalam industri perladangan. Berdoalah agar, hasilnya, harga makanan asas akan dikawal dan dipantau dengan baik, dan keselamatan makanan dan rantaian bekalan akan terjamin dalam jangka masa panjang.


Comments


bottom of page