top of page

Hari 2: Doa dan Iman dalam penyediaan Allah

Siri Renungan Kewangan Keluarga

Ayat Firman : Matius 7:7-11 (AVB)


"7 Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu. 8 Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya. 9 Bapa manakah akan memberikan batu kepada anaknya yang meminta roti? 10 Bapa manakah akan memberikan ular kepada anaknya yang meminta ikan? 11 Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan yang baik kepada mereka yang meminta daripada-Nya.”


Renungan:


Di dalam ayat ini, Yesus menggalakkan kita berdoa dengan gigih. Dia meyakinkan kita bahawa Allah suka memberi anugerah yang baik. Dia membuat perbandingan antara Ibu Bapa di dunia yang tahu memberikan yang baik kepada anak-anak dan Allah Bapa di Syurga yang lebih berkuasa dan lebih mengetahui untuk memberi yang lebih baik kepada anak-anaknya.


Aplikasi:


Kongsi pengalaman doa yang telah dijawab dalam keluarga anda. Bincangkan tentang betapa pentingnya kita mesti tekun mencari dan berdoa kepada Bapa kita. Renungkan tentang bagaimana kegigihan dalam doa memperdalamkan iman kita. Sebagai keluarga, kenal-pasti keperluan-keperluan yang dapat anda bawa kepada Allah dalam doa minggu ini.


Doa:


Bapa Surgawi, terima kasih kerana mengundang kami untuk meminta, mencari, dan mengetuk dalam doa. Bantu kami untuk bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan dalam keinginan-Mu untuk memberi yang terbaik untuk kami. Dalam nama Yesus, Amin.

Comments


bottom of page