Lukas 22:47-53
Tonton video Alkitab Lumo AVB
Lukas 22:47-53 (AVB) 47Ketika Yesus masih berkata-kata, sekumpulan orang datang. Yudas, salah seorang dua belas murid-Nya memimpin mereka. Dia menghampiri Yesus untuk mencium-Nya. 48 Yesus berkata kepadanya, "Yudas, adakah dengan ciuman engkau mengkhianati Anak Manusia?"
49 Apabila murid-murid Yesus melihat apa yang akan terjadi, mereka bertanya kepada Yesus, "Tuhan, haruskah kami serang mereka dengan pedang kami?" 50 Seorang daripada mereka menyerang hamba imam besar, dan menetaknya sehingga terputus telinga kanannya.
51 Tetapi Yesus berkata, "Biarkanlah mereka." Lalu Yesus menyentuh telinga orang itu dan menyembuhkannya.
52 Kemudian Yesus berkata kepada ketua-ketua imam, ketua-ketua pengawal Bait Suci dan tua-tua yang telah datang untuk menangkap-Nya, "Perlukah kamu datang dengan pedang dan belantan untuk menangkap Aku seolah-olah Aku ini seorang penyamun? 53 Semasa Aku bersama kamu setiap hari di dalam Bait Suci, kamu tidak berani pula menangkap Aku. Tetapi inilah masa kamu dan masa kuasa kegelapan."
Yudas, bukan sahaja telah menjadi satu karakter yang sangat dibenci di dalam sejarah dunia, tetapi dia juga telah mengingatkan kita bahawa setiap kita akan terjerumus ke dalam godaan.
Kepada kita yang percaya, kita mengkhianati Tuhan yang memberikan kita hidup, apabila kita jatuh ke dalam dosa. Betapa besarnya pengkhianatan kita kepada Tuhan, apabila kita dengan sengaja memilih untuk berdosa. Dengan sengaja memilih untuk berpaling daripada keyakinan rohani kita (Lukas 22:47-48).
Yudas adalah salah seorang 12 murid Yesus yang dipilih. Dia dimuridkan bersama dengan Yohanes, Petrus dan yang lain. Dia berjalan dan tidur bersama dengan Yesus dan murid-muridNya. Dia duduk di kaki Yesus dan belajar daripadanya. Dan kerana hatinya tidak ditransformasikan sepenuhnya oleh Roh Kudus, dia jatuh apabila digoda oleh Iblis. Sebagai orang yang percaya, kita haruslah memeriksa diri kita (2 Korintus 13:5)
2 Korintus 13:5 (AVB) Ujilah keteguhan imanmu; periksalah dirimu sendiri. Tidakkah kamu tahu Kristus Yesus ada dalam dirimu? Kecuali kamu gagal.
Tetapi … tahukah kita bahawa Yesus berdoa untuk pemulihan kita.
Tidak kita betapa buruk dosa yang telah kita lakukan, pemulihan di dalam Yesus Kristus adalah tidak mustahil dengan doa. Tuhan boleh menggunakan kegagalan kita untuk membantu orang lain. Petrus adalah contoh di mana dia dipulihkan oleh kegagalannya.
Yesus tahu, Petrus akan menyangkalnya. Yesus juga tahu bahawa Petrus akan dipulihkan dan membantu orang lain melalui kegagalannya.
Lukas 22:32 (AVB) Tetapi Aku telah berdoa untukmu supaya imanmu tidak goyah. Apabila kamu kembali kepada-Ku, kuatkanlah saudara-saudaramu.
Tuhan tahu tentang kesalahan dan kegagalan kita lebih awal daripada kita tahu sendiri. Tuhan kita adalah Tuhan yang memulihkan. Dia boleh menggunakan setiap situasi di dalam hidup kita untuk kita gunakan untuk membantu orang lain juga.
Renungan
Fikirkan situasi di mana kita telah terjerumus ke dalam dosa. Apakah perasaan Tuhan apabila kita “mengkhianati” Tuhan dengan dosa kita.
Apakah ia akan membantu kita apabila kita mengetahui bahawa Yesus berdoa untuk kita?
Fikirkan situasi di mana Tuhan boleh menggunakan kesilapan kita yang lepas untuk membantu orang lain.
Doa
Tuhan, saya rendahkan diri di hadapan Tuhan. Saya minta ampun dengan segala kesalahan saya, baik dengan fikiran, perbuatan dan percakapan. Kami telah mengkhianati Tuhan dengan dosa yang telah saya lakukan dengan sengaja. Ampuni saya Tuhan.
Gunakan juga, Tuhan, kesilapan yang telah kami lakukan, untuk kami membantu mereka yang lain, yang melalui kesilapan yang sama. Kami doakan semua ini, di dalam nama Yesus Kristus. Amen.
Elder AWK
Comments